LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday 9 February 2012

Haron Din Kecam Pihak Yang Caci Haron Din



Hassan Ali dikecam dan dicaci oleh Khalid Samad (baca sini). Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sedih dengan keadaan umat Islam terutamanya dalam PAS yang sanggup mencaci Datuk Dr. Hasan Ali hanya kerana beliau mempertahankan akidah umat Islam. 

Haron Din sedih kerana pada masa yang sama parasit PAS memuji exco Selangor yang berbogel atas sofa, Elizabeth Wong kerana berjaya melalui detik-detik hitamnya.

Menurut Haron Din, jika berlaku demikian tidak ada bezanya antara PKR, PAS dan DAP, oleh itu untuk mengembalikan akidah umat Islam. Haron Din meminta semua penganut PAS bermuhasabah agar tidak terpengaruh macam Anwar Ibrahim yang asyik nampak Putrajaya sahaja sedangkan Islam tergadai.

Dr Haron Din merupakan salah seorang ulama dalam Pas yang kini hanya tinggal 25% sahaja. Mereka ini pun sudah disenarai hitamkan oleh parasit Anwar Ibrahim untuk digugurkan. 
 
Dalam senarai tersebut paling hampir untuk digugurkan adalah Nasharuddin Mat Isa, manakala Salahuddin Ayub digugurkan di parlimen Kubang Kerian untuk bertanding di Johor. 
 
Parasit PAS sedang menyusun ahli-ahlinya untuk menjadi calon parlimen. Itu pun setakat 63 kerusi sahaja kerana selebihnya diberikan kepada DAP dan PKR.

No comments:

Post a Comment