Dari riak sudah menjadi ombak, itulah perumpamaan terbaik setakat ini, sekiranya apa yang terjadi di Shah Alam, Bukit Gantang dan Bangi diambil kira. Indikasi sokongan rakyat terhadap gerakan IMR ini tidak lagi boleh dinafikan, berdasarkan sambutan yang diberikan kepada program Hasan Ali.
PAS pastinya terkedu, melihat sokongan rakyat kepada gerakan ini. Tidak pernah terlintas di “kepala lutut” mereka bahawa Hasan Ali bangkit melawan seterusnya mencipta arus penentangan yang amat dahsyat dalam sejarah Parti Adat Sosial itu. Dan menariknya, ia bermula dari dalam PAS sendiri, tanpa ada campurtangan dari pihak lain, terutamanya UMNO dan BN, seperti didakwa oleh kebanyakkan “benih parasit”. Polemik telah tercetus, yang berjaya menelanjangkan PAS, akibat dari perbuatan mereka sendiri.
Dan umum mengetahui bahawa dalam idea IMR ini, Hasan Ali tidak berkeseorangan. Paling rapat dengannya adalah Nasharuddin Mat Isa, bekas S/U Agong PAS, dan juga mantan Timbalan Presiden. Mgkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Ustaz Nasha pernah “disejukbekukan” dari sebarang majlis rasmi PAS kira-kira 1 tahun lamanya oleh kepimpinan parti kerana tidak sependapat dengan Mursyidul AmPAS dalam isu kerajaan perpaduan.
Namun begitu, Ustaz Nasha tidak pernah menyerah kalah dalam memastikan prinsip perjuangan PAS tidak diselewengkan. Sudah tertulis bahawa Ustaz Nasha tewas kepada Mat Sabu dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden. Ia telah dijangka, apabila wujudnya watak si pengecut, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang langsung tidak berkaliber waima di negerinya sendiri, bertanding sama. Pecah undi, itulah strategi untuk menewaskan Ustaz Nasha!
Pada hemat penulis, Ustaz Nasha bakal menyertai gerakan JATI ini, kerana ia selaras dengan apa yang beliau perjuangkan di dalam PAS selama ini. Malangnya, PAS juga tidak bersetuju dengan apa yang beliau perjuangankan. Ustaz Nasha sebenarnya seorang yang berfikiran terbuka, melihat sesuatu di dalam konsep makro (keseluruhan), namun tidak mengabaikan yang mikro, sesuai dengan kelayakkan akademiknya. Oleh itu, persetujuannya terhadap idea perpaduan menunjukkan beliau bersifat rasional, berpandangan jauh, dan tidak dikuasai dendam syaitanirrajim.
Selain daripada Ustaz Nasha, seorang lagi tokoh ilmuwan Islam, merangkap Timbalan Mursyidul Am PAS, iaitu Ustaz Harun Din disebut-sebut bakal menyertai gerakan ini. Sayangnya beliau kepada Hasan Ali dapat dilihat apabila membuat kenyataan kepada Hasan Ali, agar merayu hukuman pemecatan keahlian PAS. Itu bermakna Harun Din kenal, yang mana permata, yang mana parasit.
Fatwanya dalam isu kalimah Allah juga dipatuhi oleh kebanyakkan umat Islam termasuklah ahli-ahli UMNO. Malangnya, fatwa beliau disangkal sendiri oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri, yang berimamkan DAP!
Kedua-dua tokoh yang disebutkan di atas, berkemungkinan menyertai Hasan Ali kerana untuk terus bersama PAS, bermakna terpalitlah noda dan dosa seandainya akidah tidak lagi dipertahankan.
Apa yang berlaku ini mengimbas kembali kepada satu peristiwa sedikit masa dahulu, hasil dari komentar pembaca:
“sebenarnya perpecahan dalam pas yang berlaku sekarang ekorn dari pemecatan dr hassan adalah kerana doa Si Wali Terompah semasa solat hajat perdana dulu yang berbunyi “ya allah musnahkanlah puak yang batil itu, pecah belahkan mereka dengan tentera ahzab mu”, maka allah memecah belakan puak asobiyah sejati yang mempertahankan penzina dan mengangkatnya sebagai naib presiden sebagaima allah menurunkan bencana kepada tentera nabi musa lantaran perbuatan panglima perangnya itu berzina dengan pelacur dari kaum bal am (sang abib yang derhaka kerana tawaran harta dunia melului isterinya). kebatilan bertambah dengan mempertahankan kumpulan nabi lut dan berusaha untuk mengangkatnya menjadi perdana menteri.“
Sumber: Klik sini
No comments:
Post a Comment