Selepas majlis pelancaran di Dataran Putra, Putrajaya oleh YBM Tengku Adnan pagi semalam, konvoi kembara Aman Kampus menuju ke Medan Selera Presint 9 Putrajaya dan Taman Tasik Titiwangsa untuk sesi Info Siswa, menyalurkan maklumat dan mendapatkan respon masyarakat mengenai misi & objektif Aman Kampus.
Menjelang tengahari mereka meredah perjalanan menuju ke destinasi pertama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Selepas melepas lelah semalaman di asrama Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, peserta2 melakukan kerja2 kebajikan dengan membersihkan kawasan perkuburan Kampung Mertang, berhampiran Seri Menanti.
Aman Kampus dilancarkan pada awal Januari serentak dengan perhimpunan aman pelajar2 pro-Aspirasi di hadapan pejabat KPT dalam usaha mereka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, DS Najib Razak ekoran tindakan kurang ajar oleh pelajar2 pro-Mahasiswa yang dikepalai oleh SMM/Adam Adli.
Sekarang MP Kuala Pilah, Dato' Hj Hassan Malek baru usai merasmikan majlis penutup Aman Kampus peringkat Negeri Sembilan. Selepas makan tengahari, konvoi ini akan bertolak ke Ayer Keroh, Melaka.
sumber:http://keris7lok.blogspot.com/2012/02/laporan-daripada-1p-amankampus-kini.html
No comments:
Post a Comment