LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday, 23 February 2012

PAS WAJIB TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM - USTAZ HASAN BASRI



Pas perlu segera meninggalkan Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu ternyata konsisten menyokong keselamatan negara Israel, sesuatu yang diharamkan Islam sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. berkata, sokongan kepada Israel bukan isu perbezaan pendapat tetapi ia isu akidah dan Pas tidak boleh lagi seiring dengan Anwar, apatah lagi mengiktirafnya sebagai Ketua Pembangkang.

Sambil melahirkan kekecewaan terhadap kenyataan rasmi Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya sebagai 'kenyataan selamat' beliau berkata, dalam isu Israel, Pas tidak boleh mendahulukan kepentingan politik berbanding tuntutan akidah.

"Allah telah menjelaskan dengan terperinci dalam surah al-Baqarah dan al-Ma'idah mengenai Israel, ini bukan isu perbezaan pendapat mahupun soal kemanusiaan, ini soal akidah bagi umat Islam dan menyokong sesuatu yang haram adalah perbuatan haram.

"Anwar bukan sahaja menyokong, malah beliau konsisten mempertahan sokongan tersebut di mana Pas berada dalam jemaah itu. Ini soal akidah, dalam bab ini Islam menuntut kita bermufarakah (meninggalkan) pemimpin yang menentang tuntutan akidah.

"Tindakan Pas sekadar menyatakan pendirian tidak cukup kerana mereka masih lagi bersama. Malah saya kecewa dengan 'kenyataan selamat' Pas yang dilihat lebih mementingkan undi berbanding akidah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa Pas tidak akan sesekali mengiktiraf Israel kerana ia perbuatan haram selepas Mursyidul Am itu mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi mendengar penjelasan mengenai sokongannya terhadap negara Yahudi.

Bagaimanapun, berbeza dengan nada keras sebelum ini yang memberi kata dua kepada Anwar, Nik Abdul Aziz memberitahu yang beliau memahami penjelasan ketua pembangkang dan terserah kepadanya untuk menerima pendirian Pas atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Hasan Basri berkata, jika dalam isu yang membabitkan akidah itu pun Pas gagal untuk mengambil langkah sebagaimana disarankan Islam, kerjasama parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya demi memperjuang Islam hanya sia-sia.

"Kita kena kembali kepada al-Quran, jangan gadaikan akidah semata-mata demi kepentingan politik. Konsep kerjasama ini sepatutnya meletakkan Islam sebagai keutamaan tetapi jika dalam isu Israel pun Pas tidak boleh tangani, macam mana nak tegakkan Islam?

"Anwar jauh tersasar dan pemimpin sebegini tidak boleh dianggap imam kepada jemaah. Sebab itu, Islam menyarankan kita supaya bermufarakah pemimpin sebegini kerana jika terus bersama hanya kerana undi, kita terpalit sama," katanya.

sumber:http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/02/pas-wajib-tinggalkan-anwar-ibrahim.html

LAUNGAN AZAN SEJURUS TANAH MELAYU MERDEKA !



sumber:http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/02/laungan-azan-sejurus-tanah-melayu.html

ANWAR LA DALANGNYA MALAYSIA ISRAEL BERDAGANG!


... kerajaan Malaysia ada satu polisi dan pendirian yang jelas bahawa kita tidak ada hubungan politik dan hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun sebagai ahli Parlimen saya sedar bahawa ada perdagangan di antara kedua-dua negara.

Tetapi perdagangan itu adalah diantara syarikat, contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang memerlukan bahan mentah dan tidak boleh diperolehi dari negara-negara lain.

Syarikat ini terpaksa impot dari Israel sebab ada syarikat yang tidak dimiliki oleh rakyat mahupun negara Israel yang berpengakalan di situ, contohnya, Intel.

Intel mempunyai kilang di Israel yang menyediakan bahan untuk membuat mikrocip, semi-konduktor atau bahan untuk dibuat peralatan komputer. Intel yang berpengkalan disini terpaksa impot dari Intel (yang berpengkalan di Israel). Kelonggaran ini telah diberi.

Namun saya ingin memaklumkan Anwar Ibrahim jangan hipokrit dalam hal ini. Hari ini dia kata kerajaan Malaysia membenarkan perdagangan dengan kerajaan Israel, seolah-olah beliau tidak tahu.

Saya mahu umumkan disini bahawa kawalan terhadap perdagangan dengan Israel dikawal dibawah Akta Kastam. Kastam berada dibawah Kementerian Kewangan.

Kelonggaran untuk syarikat-syarikat berdagang dengan syarikat-syarikat di Israel dibuat pada tahun 1996 oleh jemaah Menteri.

Jika sebelum itu kita tidak boleh berdagang dengan Israel. 1996, siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim.

Petikan dari Gelombang Wangsa Maju

Tuesday, 21 February 2012

Sudahlah Bekalan Air Teruk, Bil Pula Tinggi Melambung - AKSB Tipu Rakyat Kelate?


Masalah air di Kelantan bukan satu masalah yang baru, malah ianya sudah berlarutan lebih 17 tahun. Kegagalan kerajaan negeri menyediakan bekalan air sempurna kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah membuktikan mereka tidak mampu untuk mentadbir sebuah negara.

Dari kelatekito.net :
Mungkin ramai Kelantan tidak menyedari bahawa mereka ditipu oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd supaya membayar bil yang lebih tinggi. 
Meter saja cantik tapi kadangkala air tiada....
Ini disebabkan langkah syarikat tersebut menukar meter lama pelanggannnya kepada meter berjenama Smart Meter yang didapati rosak. 
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan surat pada 9 Ogos 2010 dan 11 Ogos 2011 kepada AKSB dan syarikat yang mendapat kontrak Smart Meter, Selcon Engineering Berhad supaya memberhentikan kerja-kerja memasang meter tersebut. 
Bagaimanapun ketika surat tersebut dikeluarkan sudah 80,000 meter tersebut dipasang di rumah-rumah pengguna. 

Soalnya, bagaimana kedudukan pengguna ini, nampak gayanya AKSB buat bodoh kerana tidak ada sebarang makluman dibuat kepada pengguna sehingga hari ini mengenai kerosakan meter. 
Mengikut SPAN, Smart Meter tersebut telah menyebabkan bacaan bil yang tinggi melebihi kadar penggunaan lazim sesebuah premis dan tiada paparan LCD meter berkemungkinan disebabkan oleh bateri yang tidak tahan lama. 
Untuk rekod jumlah keseluruhan untuk memasang semua meter tersebut bernilai RM11 juta. 
Yang paling pelik kenapa AKSB meneruskan projek penukaran meter tersebut kerana semua operator air di negara ini menyatakan bahawa teknologi SMART METER tidak sesuai digunakan. 
Syarikat Air Johor, SAMB, LAP dan JBA Kedah telah membuat uji kaji dan mendapati SMART METER tidak sesuai digunakan. 
Teknologi ini sebenarnya digunakan United Kingdom dengan keadaan cuaca yang sejuk berbanding Malaysia panas. 
Kelatekito.net difahamkan sebelum projek tersebut diluluskan Selcon telah membawa Exco, pegawai eksekutif AKSB dan beberapa pegawai kanan AKSB melancong Australia dan UK. 
Sudahlah perkhidmatan teruk, air kotor, sekarang tipu rakyat pula. 
Inilah negeri Islam Pas.
YY : Rumah ambo sampai loni sedut air telago pakai mesin...

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/02/savekltn-sudahlah-bekalan-air-teruk-bil.html

BLOGGER MILO SENGGAL KANTOI MENIPU LAGI ???




Blogger Pakatan mILO sUAM Senggal lagi dengan dedahan kononya BN serta kerajaan menyokong Israel padahal tujuan utuma depa nie hanyalah untuk nak cover apa yang telah dilakukan oleh anwar dalam kenyataan yang sahih serta terang-terang sokong Isreal untuk mendapatkan dana dari yahudi nie.........


Dalam nak mengaitkan UMNO dengan Israel, geng blogger PKR melakukan satu kesilapan besar bila menayangkan gambar ini sebagai bukti.

Tengoklah tu syarikat mana yang import barang Israel. SAMSUNG TU!!! Lepas ni geng-geng blogger tak boleh pakai Samsung Galaxy Tab. Ada barang Israel. Haram kata blogger PKR.
Tapi pakai Apple macam Milosuam pakai takpe. Milosuam pun blogger Jingga 13. Sebab Apple tiada kaitan dengan Israel walaupun bercadang buka pusat kajian di Israel.
Apple allegedly planning semiconductor development center in Israel
Published: 02:08 PM EST (11:08 AM PST) 

In addition to its rumored purchase of Israel-based flash storage provider Anobit, Apple is also said to be planning to open a semiconductor development center in Israel.

Apple's plans to build the new facility came about before the company even entered into talks to buy Anobit, Israel's Globes reported on Wednesday. The new development center will reportedly be headed by Aharon Aharon, who is a veteran in Israel's technology industry.
http://www.appleinsider.com/articles/11/12/14/apple_allegedly_planning_semiconductor_development_center_in_israel.html

Bangang punya budak-budak PKR. Bukan Kerajaan Malaysia buat hubungan dagang tapi syarikat yang melabur di Malaysia yang beli produk dari Israel. Kalau itu pun Kerajaan nak sekat, mana ada syarikat nak melabur dekat Malaysia.

Jangan lupa, di Kelantan pun ada syarikat 'Israel' buka kedai. Adakah ini bermakna Kelantan ada hubungan dagang dengan Israel?
Nak tau jawapan paling tepat pasal isu Israel ini, sila baca di blog Be Da Man (http://bidaman.blogspot.com/2012/02/proxy-ialah-penjelasan-kehadiran-2.html). MyMassa ambil sedikit jawapan dari blog tersebut. 
Lagi-lagi cerita tentang hubungan Israel - Malaysia . Terbaru mengenai pendedahan kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang berlabuh di Port Kelang pada pertengahan Februari 2012. Seperti yang kita tahu, Malaysia memang tak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,cuma kejadian dua kapal milik syarikat Israel berlabuh di Port Klang buatkan ramai orang tertanya-tanya. Semua orang tahu, orang Jews ni bangsa yang cerdik, kalau diaorang tak dapat berniaga secara terus , diaorang akan gunakan proksi . Analogi proksi ialah macam syarikat2 di Malaysia yang kononnya milik penuh bumiputera tetapi sebenarnya ada taiko lain di belakang untuk masuk tender-tender yang dikhaskan untuk bumiputera saja.

Jadi itulah sebenarnya dibuat oleh syarikat ZIM ni, diaorang daftarkan syarikat/kapal2 di negara lain yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia, samada dengan nama syarikat yang asal atau diubah . Dasar kerajaan hanya menghalang syarikat dan kapal2 yang didaftarkan di Israel , sekiranya syarikat2 milik Israel ini berdaftar di negara lain, maka syarikat2 berkenaan dianggap berasal dari negara yang didaftar. Macam kes ZIM USA dan ZIM ATLANTIC , memang terang2 kapal ini berdaftar di Liberia jadi secara teknikalnya tiada sebab untuk kerajaan menghalang kapal yang berdaftar dari Liberia ni untuk berlabuh di Port Kelang. (sumber ZIM USA) (sumber ZIM ATLANTIC)

Baca seterusnya di sini (http://bidaman.blogspot.com/2012/02/proxy-ialah-penjelasan-kehadiran-2.html). 

Saturday, 18 February 2012

Video - Anwar Ponggol



Oleh: HHalem.

Khir Toyo Cakap Pasal Exco Hal Ehwal Islam Selangor Yang Baru?




K7L : Dengar cerita Exco Adat Dan Sukan taknak bertanding PRU13 nanti?..

SUAMI LEPASKAN NAFSU SEKS SYAITAN..!!!



GAMBAR HIASAN

Tidak tahan dilayan suami seperti binatang setiap kali melakukan hubungan kelamin sejak lima tahun lalu, seorang isteri nekad lari dari rumah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Kedah.
Dalam laporannya, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa suaminya sering melakukan ritual jijik apabila bukan saja suka meliwatnya, malah akan kencing ke mukanya selepas setiap kali mereka bersama.

Mangsa dan suaminya yang berusia 43 tahun berkahwin hampir 20 tahun lalu serta dikurniakan tiga anak tinggal di Bintong, di sini, sejak beberapa tahun lalu.

Pada awal perkahwinan mereka melayari bahtera rumah tangga secara normal, namun selepas menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita lima tahun lalu, dia mula meliwat dan kencing ke muka isterinya setiap kali bersama. Kali terakhir dia melakukan perbuatan itu pada 15 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mangsa juga mendakwa suaminya mudah naik angin dan memukulnya jika keinginannya untuk melakukan amalan seks keji itu tidak dituruti.


- SUMBER MYMETRO

-http://klboyzwangsa.blogspot.com/2012/02/suami-lepaskan-nafsu-seks-syaitan.html

Zulkifli Noordin !! Anwar Lupa, Dunia Sudah Berubah, Maklumat Hujung Jari..


(Siasatan Channel 4 News, Britain membuktikan hubungan akrab antara Anwar & tokoh Yahudi Paul Wolfowitz)
Salam 2 all.ain membuktikan hubungan akrab antara Anwar & tokoh Yahudi Paul Wolfowitz)
Kata mantan Presiden Amerika, George Washington, “you can fool some of the people some of the time, but you can’t fool all the people all the time – mike boleh kelentong sesetengah orang pada sesetengah masa, tapi mike tidak boleh nak kelentong semua orang pada setiap masa!”.
Apabila Anwar bergegas ke Qatar untuk bertemu dengan pimpinan Hamas, termasuk Khalid Misy’al yang pada masa itu berada di Doha membuktikan betapa desperadonya Anwar untuk memulihkan imej “pak syeikh pejuang Islamnya” yang telah pecah kelentongnya setelah Wall Street Journal menyiarkan kenyataan Anwar “bersedia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel”.
Dan tindakan Anwar menyiarkan gambar bersama Khalid Misy’al hanya mengesahkan satu perkara, politik dualam dan putarbelit yang sudah menjadi darah dagingnya. Konon dengan gambar itu terjawablah segala persoalan yang dia “masih bersama dengan pejuang Palestin”.
Anwar ingat rakyat Malaysia dan umat Islam bodoh macam para parasit kalkatus rakus yang dicocok hidung yang bersepah sekelilingnya! Dia ingat hanya dengan bergambar tertutup segala sandiwara politik dia.
Macam gambar dia “terlantar nazak” setelah perhimpunan haram 09 Julai 2011 lepas. Dalam ramai-ramai orang, dia seorang je yang terlantar nazak dengan segala tiub dihidung. Mat Sabu yang konon cerita mengadu dilanggar polis pun tak nazak macam Anwar! Tau-tau terbongkar rahsia bagaimana Anwar sebelum dan selepas itu rupenya sihat walafiat!
Macam gambar Anwar sakit belakang tak boleh berjalan sehingga terpaksa berkerusi roda dan lengkap dengan pakej pendekap tengkok untuk menggambarkan betapa nazak dan seriusnya penyakit Anwar, sehingga teman loyer dia masa tu pun boleh tertipu! Tau-tau keluar videoklip Anwar sihat walafiat siap boleh bergurau sakan dengan anak bini dalam penjara!
Berapa lama nak hidup dengan kelentong, bohong, dan putar belit ni yop? Sesekali boleh lah orang tertipu, lama-lama nanti orang tau jugak.
Itulah yang terjadi dengan Anwar. Ramai orang terpukau dan terkedu bila dia dibebaskan oleh Mahkamah. Sehingga ada yang beranggapan dia tidak berdosa, malah ada yang ingatkan dia dianiaya dan dizalimi kerana konspirasi.
Tetapi jangan sesekali ingat ALLAH lupa! ALLAH tidak lupa! Doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan ALLAH. Berapa banyak airmata Saiful menitis menadah tangan memohon petunjuk dan kebenaran daripada ALLAH. Daripada masjid surau, sehingga dihadapan Ka’bah.
Kita ingatkan bila Anwar dibebaskan dia akan bertambah hebat. Rakyat akan menyokong! Rupanya yang sebaliknya berlaku.
Apabila Datuk Hasan Ali yang mengkritik Anwar sebagai politikus kotor dan jijik yang dia tidak akan redho bersekongkol dipecat, ramai yang ingat perjuangan Datuk Hasan Ali akan mati! Rupanya tidak. Pidato dan himpunan beliau makin menarik ramai pengikut. Sehingga ada kepimpinan PAS akar umbi sanggup mengatur program bersama Hasan Ali, malah berceramah sepentas dengan beliau tanpa rasa takut. Kehadiran lebih 15,000 semasa pidato terbaru di Batu Gajah sudah pasti menggusarkan ramai para parasit!
Rupanya ALLAH ada perancangan lain untuk Datuk Hasan Ali! Kini beliau muncul sebagai ikon memperjuangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, satu perjuangan yang dikongsi ramai orang, dan kini umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia menanti-nanti pelancaran 3rd Force @ JATI – Jaringan Kuasa Ketiga!!
Begitu juga doa Saiful. Ramai yang ingatkan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah, Saiful akan mati! Saiful akan dihina! Rupanya sebaliknya berlaku. Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti menghina diri dia sendiri! Seolah-olah dia sudah tidak boleh mengawal dirinya.
Sebaik sahaja bebas, Anwar membuat kenyataan bahawa “pembebasan saya adalah kerana kerajaan takut dan tunduk kepada pengaruh asing”. Masya ALLAH, keluar dari mulut dia sendiri mengakui ujudnya pengaruh asing yang selama ini hanya disyaki rakyat. Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang sering merujuk kepada Amerika dan rakan-rakan Yahudinya, ramai mengesyaki Anwar cuba menggunakan tekanan asing terhadap Mahkamah dan Kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia.
Kita hanya syak, tapi tiada bukti kukoh! Tiba-tiba Anwar sendiri mengaku “pengaruh asing” punca dia dibebaskan! Sehingga menyebabkan loyer utama Anwar @ Karpal Singh melenting mempertikaikan kenyataan Anwar, kerana bagi Karpal, Anwar bebas kerana kehebatan “a-Singh”, bukan pengaruh “asing”!!!
Tak berapa lama selepas itu, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama BBC bahawa “undang-undang liwat dan anti-homoseks” di Malaysia sudah lapuk! Malah dia akan meminda undang-undang lapuk ini. Sekaligus membongkar sikap Anwar yang menyokong seks bebas sebagaimana yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya Bar Council yang melancarkan Festival Seks Bebas LBGT – Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!
Kenyataan Anwar disokong oleh banyak kumpulan pejuang seks bebas seluruh dunia! Nama Anwar dijulang dikalangan kaum pengamal seks bebas! Tetapi ia menyebabkan ramai penyokong tegarnya khusus didalam PAS mula mempersoalkan kewibawaan dan integriti Anwar!
Malah ada yang mula mahu melihat semula videoklip Eskay untuk meyakinkan diri! Teman sendiri dihubungi ramai rakan ulama, ustad, agamawan, kepimpinan dan ahli PAS & PKR yang meminta melihat sendiri videoklip itu. Dan kesemua mereka yang melihatnya buat pertama kali mengakui memang Jantan-X dalam videoklip itu adalah 100% Anwar!
Mereka mula mencari jalan menjauhkan diri daripada Anwar! Sehingga ada yang mula membuat kenyataan tidak mahu lagi terlibat dengan politik, atau menyertai pilihanraya bersama pembangkang dalam PRU 13 nanti!
Dan tiba-tiba, tanpa sesiapa menduga, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama Wall Street Journal bahawa dia “menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim Israel!”.
Kenyataan yang teman rasa dibuat sebagai “political lifeline” beliau, untuk memuaskan hati rakan sekutu Yahudinya. Apatah lagi PRU 13 sudah semakin dekat. Sokongan asing, terutama daripada rakan para Yahudi ini sangat penting buat Anwar. Lagipun kenyataan itu disiarkan oleh media pro Yahudi. Apa salahnya! Siapa nak tau!
Tetapi Anwar salah langkah! Dunia hari ini sudah berubah. Maklumat boleh diperolehi dihujung jari, “just one click away”.
Tau-tau kenyataan pro-zionis Anwar terbongkar. Menyebabkan ramai rakan beliau dikalangan gerakan Islam, samada di Indonesia, Turki dan negara ‘Arab terkejut. Mereka mula meragui Anwar dengan gambaran “Pak syeikh pejuang Islam! Pimpinan Palestin daripada Fatah dan Hamas mengkritik keras kenyataan itu. Pimpinan haraki Islamiyyah di Indonesia mengutuk keras pendirian Anwar itu.
Perdana Menteri Ghozzah, Ismail Haniyeh melahirkan kekecewaan semasa pertemuan dengan Ustadz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Katanya kenyataan saperti itu tidak sepatutnya datang dari seorang yang mengaku pejuang Islam. Azzam Tamimi, pejuang tegar umat Falastin mengkritik kenyataan tersebut sebagai tidak mencerminkan watak dan akhlak seorang pemimpin Islam.
Duta Besar Falastin di Kuala Lumpur turut mempertikai kenyataan Anwar tersebut, sambil melahirkan rasa kehairanan bagaimana Anwar yang menonjolkan imej pejuang Islam boleh membuat kenyataan yang disifatkan sebagai “khianat” terhadap perjuangan rakyat Falastin dan umat Islam!
Terbaru, Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang, penyokong tegar Anwar, juga mengeluarkan kenyataan tegas mengkritik Anwar. Datuk Seri Hadi menegaskan bahawa orang yang menyokong rejim zionis Israel adalah pengkhianat Islam! Datuk Seri Nik Aziz mendesak Anwar menarik balik kenyataan pro-zionis itu.
Kenapa tiba-tiba Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang membuat kenyataan mempertikaikan Anwar dalam isu Israel ini teman tidak tahu! Adakah ini mainan politik untuk mendapat semula sokongan orang Melayu konon dengan menyokong Falastin teman tidak pasti!
Cuma teman bersangka baik dengan kenyataan pimpinan PAS ini! Mungkin sudah tiba masa ALLAH membuka hijab yang menutup mata hati mereka selama ini! Kalau ALLAH hendak memberi hidayah, kalau ALLAH nak mengubah hati kepada kebenaran, dengan sekelip mata ALLAH boleh buat. Kun fayakuun..jadilah..maka jadilah ia.
Apapun teman berharap isu pro-zionis oleh Anwar ini menjadi pembuka hijab kepada pekong politik dualam dan hipokrit mainan Anwar yang telah memecahbelahkan umat Islam bangsa Melayu! Semoga ia menjadi titik permulaan kesatuan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia ini. Semoga ia menjadi titik permulaan kegemilangan perjuangan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara ini!
Apapun, Anwar kini sudah tersepit. Sebenarnya kalau dia ikhlas, kalau benar dakwaan Anwar dia telah disalah lapur oleh WSJ, mudah sahaja menyelesaikannya. Dia hanya perlu mengarahkan peguam dia menyaman WSJ, dan menuntut WSJ menarik balik kenyataan itu, dan menuntut ganturgi puluhan, malah ratusan juta terhadap WSJ!
Tetapi pelik, Anwar langsung tidak berbuat sedemikian. Langkah yang cukup mudah, dan boleh menyelesaikan masalahnya. Macam dengan memberikan sampel darah untuk ujian DNA, selesai masalah! Macam angkat sumpah la’nat, selesai masalah!
Tetapi Anwar tidak memilih sedemikian. Dia memilih jalan bersusah payah pergi ke Qatar, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tambang, hotel dan lain-lain, hanya untuk bergambar dan berjumpa dengan Khalid Misy’al. Yang peliknya, dia tidak mahu pulak terus ke Ghozzah, berjumpa dan bergambar dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Ghozzah!
Apapun, tembelang dan kelentong Anwar makin terbongkar. Sebab itu teman siarkan videoklip diatas. Videoklip ini adalah petikan lapuran siasatan oleh sebuah media televisyen Britain, Channel 4 News yang menyiasat skandal bapak Yahudi, Paul Wolfowitz dan girlfriendnya Shaha Riza dan Anwar yang mengegarkan Bank Dunia! Sehingga menyebabkan Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia!
Lapuran oleh media Barat ini jelas membuktikan rangkaian hubungan Anwar dengan Yahudi, termasuk Wolfowitz. Seluruh dunia tahu Wolfowitz, bekas Duta Besar Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan kehancuran Indonesia, adalah akitek peperangan dan penaklukan terhadap Iraq dan Afghanistan! Ditangan Wolfowitz, mengalir darah umat Islam yang dizalimi dan dianiaya.
Dan tangan Wolfowitz lah yang banyak membantu Anwar selepas dipecat Tun Mahathir. Termasuk melantik dia sebagai pensyarah di John Hopkins University, Pengerusi International Foundation For The Future (IFFF) dan lain-lain (sila lihat entri teman bertajuk “AL-Yahud” bertarikh 29.01.2012).
Kini terbukti betapa hubungan Anwar dengan rangkaian zionis Yahudi makin terbongkar! Bukannya datang daripada sumber ketiga, tetapi datang daripada mulut Anwar sendiri.
Adakah ini kesan solat hajat yang selalu dibuat oleh para parasit penjilat Anwar? Atau adakah ini petanda makbulnya doa dan airmata Saiful?
Hanya ALLAH sahaja yang tahu! Tetapi yang jelas, walaupun Anwar berjaya kelentong sesetengah parasit pada sesetangah masa, tetapi Anwar tidak boleh kelentong seluruh dunia pada setiap masa!
Teman yakin ALLAH tidak akan benarkan pembohongan dan putarbelit ini terus berlaku! ALLAH tidak akan benarkan umat Islam bangsa Melayu terus terpedaya!
Airmata Saiful tidak akan ALLAH persia-siakan!
Ya ALLAH, selamatkan umat Islam, bangsa Melayu dan tanah air kami daripada sebarang kedurjanaan dan pengkhianatan oleh mereka yang durjana dan khianat!
Kepada rakyat Malaysia, umat Islam dan bangsa Melayu, inilah masa untuk ABAI – Asal Bukan Anwar Ibrahim!
TIME-4-ABAI! ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM!
INILAH MASA UNTUK TOLAK ANWAR IBRAHIM!
Rakyat Hakim Negara!
Hukum Anwar di Mahkamah Rakyat!
Tolak Anwar dalam PRU 13 nanti!
Pada Anwar, teman nasihatkan bertaubatlah! Hentikanlah segala lakonan dan sandiwara! Kubor sudah kata mari, rumah sudah kata pergi! Bermuhasabahlah! Masa masih belum terliwat untuk bertaubat! Pintu barzakh semakin dekat. Takutlah kepada ALLAH!
Dan teman cabar Anwar letaklah jawatan! Janganlah umat Islam bangsa Melayu terus diaibkan dengan kehadiran pemimpin macam mike! Serahkanlah kepimpinan pembangkang kepada Datuk Seri Hadi Awang, ataupun Datuk Seri Nik Aziz! Mereka lebih layak memimpin pembangkang daripada mike! Mike sudah hilang segala kredibiliti, moral dan kewibawaan untuk terus menjadi pemimpin negara umat Islam Malaysia ini!
ANWAR, YOU ARE JUST NOT FIT TO LEAD US!!! PLEASE STOP!!! PERIOD!!!

NIK AZIZ TERGAMAM BILA BACA BERITA NI!!!



Seramai 76 ahli dan penyokong tegar Pas di Kampung Wakaf di sini mengumumkan keluar parti di hadapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas kawasan Limbongan, Zainuddin Awang Hamat pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan (SK) Panggung di sini hari ini.

Serentak dengan itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden, Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff .

Turut hadir pada majlis anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Ruhjan Salleh dan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamarudin Md. Nor.

Sementara itu, Nik Sapeia ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan berkata, penyertaan kesemua bekas dan penyokong Pas itu membuktikan rakyat menerima perjuangan PPP dalam Barisan Nasional (BN).

"PPP menghormati kehadiran semua pihak dan tetap berpegang kepada konsep telus rakyat untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka selaras dengan amalan demokrasi," katanya.

Beliau berkata, ia juga membuktikan bahwa rakyat negeri ini memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) bagi memastikan negeri ini dapat ditawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sementara itu, Ibrahim berkata, beliau akan berusaha untuk menarik lebih ramai penyokong Pas dan pengundi atas pagar untuk menyertai PPP.

"Kami tidak segan atau malu untuk menyerahkan borang keahlian PPP yang sekali gus membawa erti kami mengisytihar keluar parti Pas walau pun ia disaksikan sendiri oleh pemimpin Pas.

"Kami menghormatinya selaku 'Yang Berhormat atau wakil rakyat' dan pada masa yang sama kami berpegang kepada hak kami selaku pengamal demokrasi yang berhak memilih parti politik yang disukai untuk disokong.

"Kami faham parti politik bukan warisan pusaka atau sebahagian anutan agama kerana ia sekadar wadah untuk memilih teraju kepimpinan. Rakyat bebas untuk menyatakan pendirian mereka dan bebas memilih parti yang dianggap lebih cakna dan berupaya untuk membela kebajikan mereka," katanya.


Ps: Mujur tak kena serang sakit jantung je Si Wali Terompah tu bila dia baca berita ni. Tapi, dia tak boleh salahkan sesiapa. Dah diorang tak buat kerja, jadi macam mana orang nak sokong!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!

Friday, 17 February 2012

KONTROVERSI TERBARU ISU ANWAR IBRAHIM & PESTA PONGAL.




Kontroversi Anwar Ibrahim turut serta di dalam upacara agama Hindu dengan dicalitkan 'kum kum' di dahi beliau telah menimbulkan kekecewaan media pro-pembangkang terutamanya para bloggers mereka.

Sebelum ini mereka sentiasa dapat mencipta jawapan kepada isu-isu berbangkit biar pun tidak menyakinkan dan sekadar menafikan sahaja.

Tetapi foto di atas menyebabkan mereka mati akal dan terpaksa mengaku kebengongan Anwar Ibrahim yang didakwa menggadaikan akidah untuk mendapatkan simpati kaum India.

Lihat di bawah :


Tetapi rakyat tahu Anwar telah menipu kaum India. Kampung Buah Pala, Pulau Pinang adalah contoh klasik yang sentiasa menghantui Anwar Ibrahim!



sumber:http://novandri.blogspot.com/2012/02/kontroversi-terbaru-isu-anwar-ibrahim.html