LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday, 28 March 2012

Tambah subsidi petrol, bukti kerajaan BN prihatin - Ismail Sabri



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan BN akan terus mengekalkan harga RON95 kekal pada RM1.90 seliter biarpun harga minyak dunia melambung.

Kali terakhir kerajaan menyemak harga RON95 - dari RM1.85 kepada RM1.90 seliter - ialah pada bulan Disember 2010.

Katanya kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.

"Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.

"Ini kerana bila kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan minyak, maka pengguna yang akan menerima bebanan tersebut," katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian.

Beliau berkata setakat ini beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak masing-masing ekoran harga bahan api yang melambung.

Semalam dilaporkan harga minyak diniagakan di bawah paras US$125 setong berikutan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan di zon Euro selain sesetengah negara memberhentikan pembelian dari Iran bagi mengelakkkan sekatan pihak Barat.
sumber:http://www.utaranews.com/2012/03/tambah-subsidi-petrol-bukti-kerajaan-bn.html

No comments:

Post a Comment