LAGU UNTUK BLOGGER

Sunday, 25 March 2012

MEDIA BARU-HUBUNGAN ANTARA RAKYAT DAN PEMIMPIN!

INI MERUPAKAN CONTOH YANG TERBAIK BILA MEDIA BARU DIGUNAKAN SEPENUNYA  ANTARA PEMIMPIN DAN RAKYAT...





Maaf Datuk. Assalam. Saya sangat mengagumi kreadibiliti dan kewibawaan Datuk sepanjang menjawat jawatan di peringkat negeri mahupun negara khasnya. Memang tidak dinafikan, Datuk telah sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk rakyat. Saya tidak terlibat dlm mana manapun parti politik jauh skali untuk mengkritik kreadibiliti sesiapa. Namun, setelah melihat suara hati dri manusia kecil di salah satu kawasan pedalaman di tv3 sebentar tadi telah menarik perhatian saya (walaupun sedikit sahaja suaranya disiarkan, saya amat merasai kesukaran yg ditanggung) dan seterusnya membuka pandangan saya tentang kehidupan mereka yang berdepan dgn reptilia bahaya, rumah panjang yang runtuh bertahun lamanya kerana tanah jerlus, penanaman padi secara tradisional tanpa teknologi dan subsidi racun. Walaupun bukan saya dan insyaAllah anak cucu saya yang akan mendiami kawasan itu, ttapi jauh disudut hati sbg manusia biasa, saya tersentuh dan tpanggil melihat daifnya kehidupan mereka.. Saya dengan rendah diri memohon kepada Datuk dan sesiapa sahaja yang punya suara, daya, kekuatan dan kewibawaan bertindak ataupun membuat tindakan susulan ke atas kehidupan warga ini. Terima kasih atas masa dan perhatian Datuk yang tak ternilai. -Atika, JB-
 — with Khairul Atika.


Berikut Jawapan YB Datuk:


    • Rohani Abdul Karim maaf saya tidak tengok siaran tersebut. Sila maklum kepada saya nama rumah atau kampung yg di sebut. Di kawasan itu ada 2 parlimen...jadi saya harap maklumat ini supaya dapat saya pastikan tindakan. Sebagai wakil rakyat saya mmg menghargai maklumbalas. Di kws ini di liputi oleh 3 parlimen...Btg Lupar, Sri Aman & Lubok Antu.
      12 minutes ago ·  ·  1
    • Rohani Abdul Karim Saya telah mendapat maklumat bahawa kawasan ini namanya adalah rumah panjang di Ijok, Banting. Memang sah ianya terletak di Parlimen Sri Aman...walaubagaimana pun tqvm atas keprihatinan kwn2 fb yg menonton siaran tv3 semalam...
      6 minutes ago ·  ·  1


Tajinet bangga dengan YB Datuk kerana terus memberi jawapan kepada penduduk tempatan....Tahniah Dan Syabas.

No comments:

Post a comment