LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday 15 March 2012

Sarawak bangunkan hab halal terbesar di dunia di Tanjung Manis

KUCHING: Sarawak merancang untuk mewujudkan hab halal terbesar dan termaju di dunia di Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, kata Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Penerangan Sarawak, menyebut beliau sebagai berkata bahawa satu kawasan seluas 77,000 hektar di Tanjung Manis telah dikenal pasti bagi hab halal itu, yang akan mempunyai zon ekonomi hijau khusus dan daya hubung yang baik.
Ketika menyampaikan ucaptamanya pada Seminar Pelaburan dan Penjualan Kayu Sarawak, dan Mesyuarat Perniagaan di Mumbai, India, beliau berkata hab itu menawarkan destinasi pelaburan yang unggul bagi pelbagai sektor seperti pengilangan makanan haiwan ternakan dan baja, bioteknologi, akuakultur, pemprosesan makanan, penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta kulturkebunan.

Awang Tengah percaya, pelabur-pelabur India boleh terlibat dalam sebahagian daripada kegiatan yang bakal dijalankan di hab itu, yang merupakan sebahagian daripada penekanan ekonomi dalam kawasan Koridor Tenaga Boleh Baharu Sarawak (SCORE).


SCORE ialah satu daripada koridor ekonomi wilayah yang terpantas perkembangannya di Malaysia, dan setakat ini, ia telah menarik pelaburan bernilai kira-kira US$10 bilion (kira-kira RM30.58 bilion), katanya. - BERNAMA

- http://www.hmetro.com.my/articles/SarawakbangunkanhabhalalterbesardiduniadiTanjungManis/Article/

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment