LAGU UNTUK BLOGGER

Friday, 30 March 2012

Apa yang perlu tahu pasal Azizah?

AIDCNews – 30/03/12 – “Sudah tiga kali Azizah meletup” kata Lokman Noor Adam.

Lokman yang juga bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan mendedahkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah tiga kali ‘meletup’ kerana tidak suka dengan tabiat buruk suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kali pertama ketika Anwar dalam kerajaan. Wan Azizah mengadu kepada Tun Siti Hasmah. Kali kedua, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Azizah mengadu kepada Ezam dan kali ketiga selepas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis, dirinya diliwat.

Ketika diwawancara AIDC di Caps Square, Kuala Lumpur, Lokman menceritakan tiga kali insiden ‘letupan’ Wan Azizah itu.

Agak saudara, Wan Azizah tahu kes moral Anwar ?

Sudah pasti. Bukan kali pertama Wan Azizah ‘meletup’ ni. Wan Azizah ‘meletup’ dah tiga kali. Mana ada seorang wanita yang sanggup mengaku suaminya seorang peliwat. Tak ada. Mana ada seorang ibu yang sanggup membiarkan enam orang anaknya, dituduh anak-anak seorang peliwat.

Sebabnya Wan Azizah, macam mana pun dia kena pertahankan suami dia. Bukan kerana dia sayang sangat kat Anwar Ibrahim.

Saya ingat kali pertama, dia kena pukul dengan Anwar dulu. Dia mengadu dengan Tun Siti Hasmah. Dia mengadu perangai Anwar Ibrahim. Dia pernah nak pergi berubat kat Indonesia, carikan ubat supaya Anwar tinggalkan kerja main belakang ni.

Kali kedua dia mengadu dengan Ezam. Saya ingat lagi.

Masa tu saudara masih dalam dalam PKR ?

Masa tu saya dah kena pecat. Tapi saya dapat maklumat ni yang dia mengadu kat Ezam, masa tu kat Singapura kalau tak silap saya. Dia, Wan Azizah mengadu.

Satu hari, Anwar dan Wan Azizah pergi luar negara. Anwar dapat flight balik, Wan Azziah tak dapat flight balik. Wan Azizah telefon Ezam, minta supaya Ezam pergi tengok dekat rumah, pastikan ‘budak bancuh kopi’ tu tak tidur kat rumah. Sebab dia takut Anwar ‘kerjakan’ budak tu.

Kali ketiga ni Wan Azizah ‘meletup,’ masa hari Saiful buat report polis. Masa tu Ahli Pimpinan Majlis Tertinggi PKR buat mesyuarat dekat Hotel Quality.

Ketika itu, tiba-tiba Anwar stop mesyuarat yang dia chair. Bila dalam perjalanan naik ke lif tu, Zulkifli Noordin pun ada, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Wee Choo Keong ada.

Ketika itu, Wan Azziah ‘meletup’ buat kali ketiga, yang saya tahu. Kalau lebih daripada itu dia ‘meletup’ saya tak tahu. Yang ini maklumat yang saya terima, kali ketiga dia ‘meletup’ time tu.

Bila Wan Azizah tanya kenapa meeting kita berhenti tiba-tiba. Dan Anwar kata, Saiful buat laporan polis dirinya diliwat oleh Anwar, masa tu Wan Azizah meraung. Masa tu dia kata, apalah ni bang, tak cukup ke dah kena 6 tahun, buat lagi.

Awak cuba bayangkanlah, masa Anwar duduk dalam penjara 6 tahun, siapa yang jaga anak-anak dia. Wan Azizah. Betul tak? Dia kena jaga anak-anak, dalam masa yang sama kena jadi Ahli Parlimen pula secara tiba-tiba. Kena jadi Presiden parti. Macam mana tak sengsara, sengsara.

Dia bukan ahli politik, dia doktor mata. Tiba-tiba kena terjun dalam politik.

Jadi, tiba-tiba keluar penjara, Anwar buat perkara ni lagi, mestilah dia tension. Itu yang menyebabkan dia luahkan.

Yalah, saya pun pelik juga dengan Wan Azizah boleh tahan dengan Anwar Ibrahim. Kira hebatlah Wan Azizah ni. Saya ingat kalau perempuan lain, dah lama tak boleh tahan dengan Anwar Ibrahim.

Barangkali mempertahankan maruah keluarga?

Ya, tapi saya rasa kehebatan luar biasa lah.

Semasa saudara dalam KeADILan, adakah nampak situasi Wan Azizah tidak percaya Anwar atau seratus peratus percaya kepada Anwar?

Senario saya lain sikit. Saya sempat dengan Anwar 18 hari. 2 September sampailah 20 September 1998. Lepas tu dia kena tangkap.

Cuma apa yang saya boleh nampak, apa yang saya bayangkan ada benda yang tak kena.

Setiap kali Shamsidar datang rumah, Wan Azizah akan ada rasa lain macam. Dia macam marah. Saya pernah dengar daripada mulut Rosli Ibrahim, adik Anwar Ibrahim.

Dia (Rosli) kata, apa bangang sangat Azmin ni bawa Shamsidar datang sini, dia tahu Kak Wan tak suka dengan Shamsidar, apasal dia bawa Shamsidar datang sini.

Ini maknanya, ada something wrong between Shamsidar dan Anwar Ibrahim. Tapi bab lelaki ni, saya tak jumpalah yang Wan Azizah marah. Sebab saya tak pernah ada dalam situasi itu.

Yang saya nampak, yang ketara bila mana Shamsidar datang. Yang Sukma pun saya tak nampak sebab Sukma ditangkap awal.

Jadi, kes 1998 itu mengesahkan betul berdasarkan situasi tadi?

Ya, saya percaya.

Kalau kita tengok Ummi (Hafilda) punya pengakuan baru-baru ini, saya ceramah banyak kali dengan Ummi. Saya sendiri terkejut. Saya ingat Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni tanpa pengetahuan Azmin. Tapi, bila dengar pengakuan Ummi, maknanya Anwar ‘pakai’ Shamsidar ni dalam keadaan Azmin tahu. Jadi, saya tak boleh bayangkanlah macam mana dayusnya Azmin ni. Saya tak mahu komenlah benda ini.

Masa dalam KeADILan, saudara tak percaya cerita ini?

Saya ingat hubungan Anwar-Shamsidar ni tak ditekankan sangat. Cuma saya rasalah ada something wrong sebab Rosli marah, Wan Azizah marah. Cuma masa tu, pihak BN tak bangkitkan sangat hubungan Anwar-Shamsidar. Mereka lebih fokus kes Azizan.

Macam Wan Azizah kan, kalau kita tengok lemah-lembut. Macam dengan Nurul Izzah. Siapa yang boleh percaya, orang yang macam ni boleh korup.

Tapi, jangan lupa. Izzah collect duit daripada Joseph Estrada 200,000 US dollar. Bagi kat mak dia, lima sen haram tak masuk akaun parti.

Nasir Husin, sama-sama tahanan ISA dengan saya dulu. Dia collect duit RM 5 juta dalam bentuk cek, atas nama Wan Azizah Binti Wan Ismail. Lima sen haram tak masuk akaun parti.

Ini 1998.. Lima sen haram tak masuk akaun parti.

Nasir collect daripada siapa?

Nasir collect daripada Datuk Soh Chee Wen. Datuk Soh Chee Wen yang sponsor pejabat Parti Keadilan.

Sekarang, bila Soh Chee Wen gaduh dengan Anwar, dia tak bayar duit pejabat Parti Keadilan. Itu yang nak lelong pejabat Parti Keadilan.

Semuanya diberi atas nama Wan Azizah?

Atas nama Wan Azizah. Takkan lah dia bagi Wan Azizah RM5 juta untuk Wan Azizah beli kereta, pakai baju mewah. Tentulah Datuk Soh Chee Wen tu sumbang untuk bantu Parti Keadilan sebab mereka berhadapan dengan Pilihan Raya tahun 1999.

Saya bertanding tahun 1999 lawan Datuk Hishamudin Tun Husin. Saya ingat lagi, bila bubar Parlimen, duit dalam poket ada RM250. Nak lawan Parlimen macam mana.

Saya cuma minta deposit pilihan raya, saya nak masuk gelanggang supaya saya boleh bertanding. Dia cakap, cari tempat lain dulu.

Kali kedua cakap, cari tempat lain dulu. Kali ketiga saya cakap, saya dah buat keputusan, saya nak biarkan Datuk Hishamudin menang tanpa bertanding.

Dia kata kenapa? Dulu kau nak bertanding sangat. Saya cakap, memanglah saya nak bertanding, deposit pilihan raya tak ada, macam mana saya nak bertanding.

Besok tu, 9.30 pagi penamaan calon, 8.30 pagi baru duit sampai. Baru saya pakai baju pergi dewan, bertanding. Nasib baik tak hilang deposit.

Termasuk juga Wan Azizah jumpa Soros?

Itu (berlaku) tahun 2003. Wan Azizah, Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Elizabeth Wong..

Ketika itu, Elizabeth Wong bukan PKR lagi, dia masa tu SUARAM. Yang baik dengan Soros ni sebenarnya Tian Chua. Tian Chua yang baik dengan Soros yang selama ini ditaja oleh Soros.

Malaysiakini pun dulu, starting Steven Gan..Tian Chua ni semua, Soros punya duit. Mereka mendapat tajaan daripada Soros. Saya tahu sebab Tian Chua cerita pada saya masa dalam penjara (Kem Kamunting). Sama-sama duduk Kamunting, dua tahun.

Tian Chua bercerita mengenai Soros?

Dia ceritalah daripada mana dia dapat income. Saya ingat lagi, telefon Tian Chua pun daripada duit Soros. Kita orang seludup telefon masuk. Telefon Tian Chua tu pun datang daripada Soros. Masuk daripada Bangkok. Ini realiti apa yang berlaku.

Jadi, tahun 2003, Wan Azizah dihantar oleh Anwar untuk berjumpa Soros untuk dapatkan dana bagi membolehkan mereka bertanding Pilihan Raya 2004.

Dan sebelum saya dipecat tahun 2004, saya hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Parti PKR dan masa tu Azmin maklumkan RM3 juta telah diterima. Dan mereka telah buat t-shirt, topi dan bendera di China.

Bila saya tanya dengan Ezam, dari mana datang duit RM3 juta ni? Ezam maklumkan pada saya, duit itu daripada Soros.

Parti tak tahu hal ini, hanya inner circle sahaja?

Itulah sebabnya kalau kita tengok, trend orang yang tinggalkan PKR ini ialah orang yang duduk di atas bukan duduk di bawah. Yang penyokong tegar PKR ni, mereka tak tinggalkan PKR. Jarang. Tak banyaklah.

Yang banyak tinggalkan PKR ini ialah orang yang semakin hari semakin rapat dengan Anwar Ibrahim. Semakin hari semakin banyak maklumat sebab semakin tinggi, dia (akan) pergi.

Dia jadi Ahli Majlis Tertinggi, dia jadi Ketua Pemuda ke, Naib Presiden ke. Orang ini akan duduk dekat dengan Wan Azizah, duduk dekat dengan Anwar Ibrahim, jadi mereka ada maklumat yang lebih tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar, Wan Azizah, Azmin dan semua sekali.

Itu yang menyebabkan ramai di kalangan mereka tinggalkan. Yang kat bawah ni tak tahu apa-apa. Selagi mereka tak sampai level Ahli Majlis Tertinggi umpamanya, selagi itu mereka tak tahu apa-apa. Ahli Majlis tertinggi zaman saya pun mereka tak tahu apa-apa pun.

Saya kebetulan Ahli Majlis Tertinggi dan Setiausaha Pemuda. Bila Ezam tak boleh pergi mesyuarat Biro Politik, saya kena pergi..ganti. Jadi, banyak benda yang saya tahu lebih daripada Ahli Majlis Tertinggi biasa.

- http://www.anwaraidc.com/?p=22981&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment