LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday 29 June 2011

KJ Akan Ditangkap Israel 4 Julai Nanti?


Usaha Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, untuk memulihkan imejnya dengan menyertai “Freedom Flotilla II” mungkin menjadi boomerang yang lebih besar kepada beliau.
Khairy berharap dengan menyertai rombongan Freedom Flotilla II beliau akan berjaya memulihkan imej beliau di dalam negara serta mewujudkan jambatan hubungan yang lebih baik dengan Tun Dr. Mahathir.
Bagaimanapun masalah Khairy lebih besar ialah sama ada berjaya atau tidak misi kedua ini beliau tetap akan menghadapi kritikan sinis. Jika rombongan ini mendapat laluan dari Israel untuk masuk ke Palestin, Khairy mungkin menganggap ia satu kejayaan peribadi beliau. Namun bagi sebahagian orang akan melihat kejayaan tersebut membuktikan belia ada hubungan dengan Israel.
Jika rombongan tersebut gagal, Khairy akan menjatuhkan imej dan maruah Pemuda UMNO kerana gagal menjayakan misi kemanusiaan ini.
Jadi walau apa pun yang berlaku kepada Freedom Flotilla II ini, Khairy tetap akan berhadapan masalah imej dan persepsi yang serius.
Sekarang ini tersebar pula khabarnya bahawa Khairy merancang dan berpakat supaya beliau ditangkap oleh Israel pada 4 Julai 2011 nanti. Jika ini benar-benar berlaku ia merupakan satu tindakan pemulihan politik peribadi yang sangat terdesak.
Khairy mungkin melihat insiden antarabangsa ini akan membantu beliau menjadi hero kepada orang Islam di malaysia dan juga menonjolkan dirinya sebagai ahli politik muda di peringkat antarabangsa.
Namun ia juga tidak mustahil akan menjadi “boomerang” memandangkan terdapat begitu banyak tohmahan sebelum ini bahawa beliau merupakan agen luar yang dirancang untuk mengambil alih kepimpinan negara pada masa hadapan.
sumber:Mykmu

No comments:

Post a Comment