Di sana ada isu yang sangat penting berkenaan Komunis untuk diketengahkan kerana ia rentetan kepada desakan GERAKAN, parti komponen BN yang mahu Chin Peng dibenarkan pulang... Satu desakan yang TIDAK WAJAR sama sekali apatah lagi pasti akan mengguris hati-hati para parajurit negara yang masih bernafas dan dapat mengimbau kenangan pahit semasa berjuang memerangi komunis sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan..
gambar hiasan dari Umno Reform
Sebelum saya meneruskan cerita tentang komunis tersebut, saya ingin memberitahu khabar gembira kepada rakan rakan dan juga lawan BPN bahawa talian internet saya sudah pun pulih seperti biasa. Bahkan dengan modem yang lebih canggih dan baik, tentu perjuangan di alam siber tidak akan lagi terganggu seperti yang kita semua tahu dan sedikit 'menyampah' termasuk saya sendiri sebelum ini...
Rupa-rupaya gangguan streamyx yang sekejap elok dan dua tiga kejap tidak elok, adalah berpunca dari usia modem saya yang sudah menjangkau hampir empat tahun... Sebelum ini ketika pemeriksaan dibuat juruteknik tidak berkesempatan memeriksa modem kerana ketika beliau datang, streamyx di rumah saya kembali ok seolah olah tidak ada apa apa berlaku. Walhal ia selalu on off dan tidak stabil taliannya...
Ajaib bukan ??
Namun hari ini kiranya segala masalah tersebut akhirnya selesai dengan izin dan inayah dari Allah juga. Juruteknik telah bermurah hati memberi saya modem baru yang lebih kecil dan berkuasa dan setakat ini tidak ada lagi masalah talian.... Mujurlah saya pelanggan pakej RM 110 sebulan / 1 mbps maka saya tidak dikenakan sebarang bayaran atas penukaran modem tersebut.
Perasaan saya ? Sangat-sangat gembira !
Allah, Tuhan kitalah yang mentakdirkan semua ini. Tentu ada tersirat di sebalik tersurat yang berlaku...
Dia yang memberi dan menarik serta membina atau meruntuh dan Dialah yang Maha Kuasa atas segala-galanya...
Isu yang saya ingin beritahu anda malam ini ialah bagaimana sebuah blog yang ingin mengangkat penderhaka/pengkhianat negara iaitu golongan tentera komunis sebagai pejuang. Mereka telah semakin ke hadapan dengan membuat blog yang anda boleh klik di sini : http://matamin.blogspot.com
Apa isinya ?
Dalam blog tersebut ada video dan juga lagu mereka dicipta 60 tahun yang lalu. Yang mana di rangkap ke - 3 berbunyi :
Kami Tentera Pembebasan Nasional
mara ke hadapan di garisan muka
siap menyerang musuh hingga hancur lebur
Tentera Pembebasan Nasional cukup kuat semangat waja
membentuk republik rakyat
kekal hibupnya abadi.
Rasanya cukup jelas tulisan 'republik' di situ dan tidak perlulah saya menjelaskan lebih lanjut apakah matlamat dan tujuan perjuangan mereka kerana di negara Komunis sememangnya tidak ada Raja lagi yang bertakhta seperti yang ada di negara kita dan Brunei sekarang ini.
Saya juga ada mendengar tugu peringatan atau memorial komunis ada dibina di 25 tempat berlainan di seluruh negara, apakah anda tahu fakta ini ?
Apa yang dirunsingkan ialah, pergerakan komunis sekarang menggunakan politik untuk menggapai cita cita mereka selepas perjuangan bersenjata mereka lakukan telah gagal sebelum ini....
Tahukah anda siapakah mereka ?
Tidak syak lagi tentu kita tahu siapakah mereka yang sanggup lakukan apa sahaja waima membaca ayat quran untuk dapatkan perhatian serta sokongan !!!
gambar : Blog Angin Perubahan
No comments:
Post a Comment