LAGU UNTUK BLOGGER

Friday, 3 June 2011

Bob Lokman Ada Agenda Tersembunyi sertai PAS.


Lokman Ahmad, bapa penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman, memasang hasrat supaya Bob menjadi wakil rakyat kepada parti yang disertainya suatu hari nanti.

Lokman berkata, tindakan anak sulungnya itu, yang membuat kejutan apabila menyertai Pas pada 19 Februari lalu di Kedah itu sebagai tindakan baik. 

“Bob ada menelefon selepas menyertai Pas dan saya meminta Bob jadi wakil rakyat seperti arwah bapa saudaranya (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lundang, Allahyarham Wardi Ahmad), tetapi dia sertai parti itu kerana mahu menjadi wakil rakyat.
 

Menceritakan penglibatan Bob dalam dunia seni, beliau berkata, nama anaknya disebut-sebut setelah beliau menulis lirik lagu ‘Isabella’ yang dinyanyikan kumpulan Search suatu masa dahulu.

“Saya akui memang saya pernah tidak mengaku Bob anak saya dengan sering memberikan alasan saya tidak mempunyai anak yang bernama Bob, tetapi ada anak nama Mohd Hakim kerana ketika itu saya cukup benci melihat penampilannya dalam industri seni.

“Pada masa itu, saya marah kepadanya, tetapi dia tetap balik menemui saya setelah memberitahu bapa saudaranya untuk berjumpa saya dan saya mengenakan syarat dia perlu mencukur rambutnya (ketika itu rambut Bob panjang) dan Bob akur,” katanya.

Menurutnya, antara syarat lain yang dikenakan kepada Bob, beliau perlu memakai kopiah ketika balik ke rumah dan sekarang Lokman bersyukur kerana penampilan Bob sudah berlainan dan menjurus kepada kebaikan.

“Bob sering meminta saya mendoakan dia berjaya dalam perniagaan, sebelum ini dia jual Kopi Bob, saya pun turut jual sebab saya tidak mahu dia jadi pelakon. Sekarang dia menceburi perniagaan kad prabayar dan berjaya.

Lokman berkata, anaknya pernah menerima pendidikan di Maahad Hamidiah, Kajang, pernah menang pertandingan syarahan dan bahas dan belajar di sekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
SUMBER:MATKILAU

No comments:

Post a Comment