Kuek
Ser Kuang Keng merupakan wartawan Malaysiakini yang bertanggungjawab
menyediakan berita mengenai MyPR - MyKad yang heboh diperkatakan di
dalam alam siber.
Bermula
dengan laporan berita pertama yang menulis Mismah merupakan pengundi
berdaftar yang sah dengan SPR dan JPN meluluskan rekod permohonan
warganegara Mismah dalam tempoh hanya 4 jam.
Selepas itu bila 'digeletek' oleh pihak bloggers semalam.
Kuek
Ser Kuang Kang Kang (maaf susah sebut nama lu) menulis satu lagi
berita dengan menuduh bahawa SPR telah menukar status Mismah dalam rekod
mereka.
Di Malaysia wartawan terikat dengan beberapa akta antaranya :
Akta Mesin Cetak & Penerbitan (1985)
Akta Kemasukkan Bahan-Bahan Bercetak (1958 pindaan 1972)
Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960)
Akta Hasutan (1948 Pindaan 1971)
Akta Rahsia-Rahsia Rasmi (1972)
Ordinan Fitnah/Akta Fitnah (1957)
Akta Komunikasi & Multimedia (1998)
Ramai
menyeru KDN bertindak terhadap portal Malaysiakini dan ada yang
menggesa supaya portal ini ditutup, bagi saya tidak perlu sampai
bertindak sehingga ke tahap itu. Cukuplah sekadar menyiasat wartawan
yang menulis berita berkenaan di bawah akta-akta yang telah lama wujud
dalam negara kita.
Bagi saya wartawan Kuek Ser Kang Kang tidak berfikir panjang dalam menilai keharmonian dan keselamatan sesuatu komuniti. Laporan berita yang ditulis semalam berniat jahat menyerang agensi-agensi kerajaan.
Kuek Ser Kang Kang berniat melemahkan keyakinan rakyat terhadap agensi penting macam JPN.
Wartawan Malaysiakini ini wajar
dikenakan dengan akta-akta yang telah wujud dalam negara kita, supaya
menjadi pengajaran kepada wartawan lain agar lebih bertanggungjawab
dalam menyebarkan sesuatu berita.
Laporan yang ditulis Kuek Ser
Kang Kang semalam juga berniat untuk menghasut rakyat Malaysia supaya
tidak mempercayai agensi yang diamanahkan untuk menguruskan proses
Pilihanraya dalam negara kita.
Sebagai seorang wartawan Kuek Ser Kang Kang sepatutnya bertanggungjawab mengimbangi maklumat yang diperolehi dengan kebenaran berita.
Kuek Ser Kang Kang juga gagal menjalankan tugas sebagai wartawan yang baik di mana beliau telah gagal membuat penyiasatan dan semakan terperinci dengan JPN sebelum bertindak menyiarkan laporan terbabit.
Laporan JPN telah menafikan bahawa wujudnya proses kelulusan dalam tempoh 4 jam sebagaimana ditulis semalam.
Dalam banyak-banyak akta, akta apa yang paling sesuai untuk Kuek Ser Kang Kang?
sumber:yuseriyusoff.blogspot.com
No comments:
Post a Comment