Penafian
perlu dibuat awal-awal lagi. Jadi, bila ianya berlaku sepertimana yang
difikirkan, setidak-tidaknya para penyokong akan menjerit mengatakan apa
yang telah diucapkan, benar-benar berlaku.
Itulah helah dan taktik yang digunakan oleh Pakatan
Rakyat. Guan Eng sedang kepanasan di Pulau Pinang. Dia bukan sahaja
dimusuhi oleh Melayu UMNO, tetapi juga Cina dan India. Tidak sahaja dari
Barisan Nasional, bahkan di kalangan DAP Pulau Pinang sendiri. Kerana
itulah, Guan Eng mengeluarkan arahan dan menggubal peraturan partinya,
agar mana-mana pemimpin atau ahli-ahli DAP tidak mengutuknya secara
terang-terangan terutama kepada media.
Cerita kononnya kalau pilihanraya benar-benar telus dan
bersih, Pakatan sudah menang lama, adalah cerita paling karut pernah
didengar. Semenjak bila pula Pakatan Rakyat wujud? Pakatan Rakyat wujud
apabila di Perak tidak terdapat satu parti yang dapat menggantikan UMNO
yang merupakan pemegang konsesi terbesar. Jadi, DAP dipersatukan oleh
Anwar Ibrahim dengan PKR dan PAS. Dan penyatuan tersebut digelar Pakatan
Rakyat. UMNO secara gentleman menyerahkan pentadbiran negeri kepada
Pakatan Rakyat, sungguhpun kalau dibawa ke mahkamah pun, Pakatan Rakyat
tidak akan menang kerana mereka bukanlah pakatan yang berdaftar.
Begitu jugalah yang berlaku di Selangor!
Dalam mana-mana pilihanraya, DAP tidak bertanding di
semua kawasan berbanding BN. PAS juga tidak bertanding di semua
kawasan. PKR baru sahaja bertanding pada 2004. Jadi, secara logiknya,
SEJAK LAMA yang dimaksudkan oleh Guan Eng itu, berapa lama?
SEJAK LAMA itu sebenarnya alasan yang paling wajar untuk
digunakan pada kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak. Guan Eng sudah
nampak masalah besar yang melanda. PKR sudah lama hilang sokongan.
Saki-baki penyokongnya hanyalah mereka yang tidak berotak, tidak berakal
dan dipenuhi hawa nafsu. Manakala sebahagian besar ahli-ahli PAS yang
juga tidak berani menyuarakan tentangan secara terang-terangan, dan
tidak bersetuju dengan peranan PAS yang dilihat menjadi selipar jamban
DAP dan Guan Eng, sedang melakukan undi protes.
Dek kerana itulah, Guan Eng terpaksa mereka cerita
kononnya, pilihanraya yang bersih dan adil sudah lama memberikan
kemenangan kepada Pakatan Rakyat. (BACA DI SINI)
Sebenarnya amat mudah, kalau Pakatan Rakyat benar-benar
telus dan benar-benar adil, terutama sekali di Pulau Pinang, seharusnya
Pakatan Rakyat membantu Jabatan Perangkaan ketika bancian dibuat.
Bukannya menyorokkan sebahagian besar orang Cina yang tidak tahu
bercakap Bahasa Kebangsaan dan tidak tahu menyanyikan lagu Negaraku.
Kalau Pakatan benar-benar telus dan adil, seharusnya
perangkaan PATI yang banyak membantu Pakatan, seperti di Ampang,
didedahkan kepada umum, bukannya menyalahkan kerajaan tetapi pada masa
yang sama, menunjukkan kebergantungan tenaga import yang mendapat
perlindungan Pakatan di kawasan-kawasan yang mereka kuasai.
Taktik jahat Pakatan Rakyat sebenarnya sudah terburai.
Sistem biometrik untuk mendaftarkan PATI amat menakutkan Pakatan Rakyat.
Sebabnya, apabila program tersebut telah sempurna, separuh daripada
sokongan Pakatan Rakyat akan hilang. Golongan hibrid yang setaraf dengan
Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, akan sukar
ditarik untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat sedang mendapat sokongan
besar.
Dan cara terbaik untuk melindungi kejahatan adalah dengan menuduh orang lain jahat!
Itu taktik yang sudah lama dipraktikkan oleh Anwar
Ibrahim. Taktik sama juga yang digunakan oleh Guan Eng. Ciptakan satu
drama dan kemudian tuduh orang lain berdrama. Sentiasa dan berterusan
menyerang sistem untuk menutup sistem pincang pada diri sendiri.
Ceritakan dan korek cerita rasuah orang lain untuk menutup rasuah yang
sudah menjadi darah daging sendiri. Naikkan sentimen rakyat dengan
memperkatakan tentang kekayaan pihak musuh tetapi pada masa yang sama,
tidak akan sama sekali mendedahkan bagaimana kekayaan sendiri
diperolehi.
Maka cerita tentang kononnya Pakatan Rakyat sudah boleh
menang jikalau pilihanraya yang telus dan adil, sepatutnya disusuli
dengan angka. Bukankah Guan Eng sangat gemar dengan angka walaupun
kemudiannya angka jugalah yang membogelkan pembohongannya?
Dari tahun 1964 sehinggalah sekarang, berapa jumlah
kerusi Parlimen dan ADUN yang ditandingi oleh DAP. Dan katakanlah DAP
menang semua kerusi yang ditandinginya, benarkah -BN sudah menjadi
pembangkang?
Begitu juga dengan PAS... katakanlah semua kerusi yang
ditandingi oleh PAS dari tahun 1955 sehingga 2008, adakah PAS dapat
membentuk kerajaan setiap kali PRU berakhir?
Derita Pakatan Rakyat semakin berpanjangan nampaknya.
Bukan kerana kekuatan BN menyerang mereka, tetapi kerana
pembohongan demi pembohongan yang dilakukan mulai memakan diri
sendiri!!!
sumber:theflyingkick
No comments:
Post a Comment