LAGU UNTUK BLOGGER

Monday, 22 August 2011

Milo Suam Sudah Bertaubat Dan Jadi Blogger Pro Barisan ?


Keghairahan Milo Suam menyiarkan potongan video Tun Mahathir di blog beliau.

Pelik dalam hal ini nampaknya blogger Pakatan seperti Milo Suam telah menjadi lebih Umno dari orang Umno sendiri dengan membangkitkan perkara yang tidak pasti seperti gosip di atas. Artikel yang Panglima maksudkan tentang dakwaan Tun Mahathir tidak suka Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri di blog beliau yang anda boleh klik di sini


Tun Mahathir sekali lagi cuba dilagakan dengan Dato Seri Najib selain dengan Timbalan beliau Tan Sri Muhyidin Yassin.


Kita yakin jika ada sebarang cubaan menggantikan tempat Dato Seri Najib tentu ia akan dilakukan selepas selesai Pilihanraya Umum 13 nanti.


Itu pun jika TS Muhyidin ada cita-cita tinggi ingin menjadi PM dan gelojoh seperti Anwar Ibrahim pernah mencuba untuk menikam dari belakang Tun Mahathir.


Adakah gerakan ini yang disokong oleh kumpulan bekas wakil rakyat PENAWAR suara majoriti atau suara minoriti yang cuba dimajoritikan kepada pandangan rakyat ?


Bersama kita fikir adakah untung jika Perdana Menteri yang baru sahaja memegang kuasa dan masih jauh lagi perjalanannya memajukan Malayasia yang sudah terbukti pencapaian beliau - diturunkan pangkat oleh tangan blogger seperti kita ?


Adakah di saat kita berdepan berbagai cabaran hari ini dan ketika itu juga kita mahu mengambil kesempatan atas kesempitan keadaan ?


Buktikan dengan jelas kepada saya apakah kesilapan besar Perdana Menteri setakat ini dan saya pasti akan bersama anda jatuhkan beliau !!!


Jika tidak jangan harap saya akan menjadi petualang merosakkan negara kita walau atas nama apa jua yang anda inginkan.




Biarkan 2 penggal Dato Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara di dalam memajukan negara kita. Jangan cuba timbulkan huru-hara.




Sekian dan mohon jangan jadi Pak Turut tetapi fikirlah dengan tenang apakah dosa-dosa yang dilakukan Perdana Menteri sehingga kita perlu menggantikan beliau dengan orang lain samada Ku Li atau Muhyidin.
sumber:panglima perang

No comments:

Post a Comment