Hari
ini (12/8/2011) kita mendengar berita yang tidak begitu mengejutkan
iaitu larangan membingitkan seruan Islam pada batas-batas waktu tertentu
di Pulau Pinang. Yang lebih menggembirakan ialah larangan tersebut
dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)
sendiri yang mungkin dianggotai oleh orang Islam dan ber-kaum Melayu.
Aneh sungguh, ramai orang menyangka Malaysia adalah Tanah Melayu tetapi
kini kita telah pasti dengan jelas bahawasanya Malaysia adalah Tanah
Bukan Melayu. Alasan ini dikukuhkan dengan keakuran kaum Melayu terhadap
arahan-arahan tertentu didalam pengamalan Islam dan budaya Melayu.
Tanah ini Melayu yang punya ? Karut, karut sungguh persoalan tersebut.
Tanah ini Allah SWT yang punya, itu kata mereka. Siapa yang berani
menafikan ? Oleh kerana tanah ini Allah SWT yang punya maka mereka
menegaskan bahawa syiar Islam tidak wajar diagungkan kerana ia boleh
menjejaskan hubungan antara kaum asal dengan kaum pendatang. Atas alasan
yang sama juga, kalimah Allah wajar disama ratakan tarafnya dengan
tuhan-tuhan agama lain. Atas alasan yang sama juga tidak menjadi
kesalahan jika mereka memujuk umat Islam untuk menganut fahaman agama
lain. Atas alasan yang sama juga adalah tidak sopan sekiranya umat Islam
tidak menjamah babi yang dihidangkan kerana wajib hukumnya menjaga hati
dan perasaan kaum pendatang.
Meletakkan sesuatu tidak ditempatnya dan menghukum tanpa pertimbangan
semasa adalah definisi Islam baru masa kini. Alhamdulillah, bala
berkaitan kegelapan hati dan kepudaran iman adalah hadiah kerana
penganut agama Islam kian giat berebut kenikmatan dunia semata-mata.
sumber:www.isupolitiksemasa.net
No comments:
Post a Comment