LAGU UNTUK BLOGGER

Tuesday, 30 August 2011

Si Hornbill Pelik?


Mempersoalkan  parti BN hanya untuk kaum tertentu sahaja.....Bodoh betul !!!!!klik disini

DAP untuk kaum cina ....reality kan....contohnya di pulau pinang nak baca al-Quran pun susah ...???so apa kebebasannya?bukankah perkauman kah ini????

PKR untuk si back door???siapa lagi???hahahah...kan pelik???

PAS tak payah nak ckp lagi.....

so tepuk dada tanya selera????

Tuesday, 23 August 2011

SEMBANG DENGAN TAN SRI ADENAN


Duduk sambil makan durian....huhuhuhu....best....

sambil mendengar percakapan YB. DA Tan Sri Adenan ....Tak sangka Tajinet berpeluang duduk semeja dengan tokoh politik Sarawak.....kalau nak dibandingkan siapalah tajinet ini...sekadar blogger jer....namun berpeluang mendengar nasihat dan tunjuk ajar daripada tokoh politik Sarawak...
You2.....you2....

tak sangka DA ini "low-profile" orangnya dan tak suka meninggi orangnya...malu juga tajinet...hahahah...nak makan durian pun kena control....hehehhehh
Yealah semua orang duduk semeja semuanya Taikun...dan big boss belaka....namun tajinet dilayan macam mereka juga tanpa perbandingan...

Topik perbualan ....tutttttt....tak dapat nak cakap.....hahahahh....anyway...terima kasih semua...

Monday, 22 August 2011

Milo Suam Sudah Bertaubat Dan Jadi Blogger Pro Barisan ?


Keghairahan Milo Suam menyiarkan potongan video Tun Mahathir di blog beliau.

Pelik dalam hal ini nampaknya blogger Pakatan seperti Milo Suam telah menjadi lebih Umno dari orang Umno sendiri dengan membangkitkan perkara yang tidak pasti seperti gosip di atas. Artikel yang Panglima maksudkan tentang dakwaan Tun Mahathir tidak suka Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri di blog beliau yang anda boleh klik di sini


Tun Mahathir sekali lagi cuba dilagakan dengan Dato Seri Najib selain dengan Timbalan beliau Tan Sri Muhyidin Yassin.


Kita yakin jika ada sebarang cubaan menggantikan tempat Dato Seri Najib tentu ia akan dilakukan selepas selesai Pilihanraya Umum 13 nanti.


Itu pun jika TS Muhyidin ada cita-cita tinggi ingin menjadi PM dan gelojoh seperti Anwar Ibrahim pernah mencuba untuk menikam dari belakang Tun Mahathir.


Adakah gerakan ini yang disokong oleh kumpulan bekas wakil rakyat PENAWAR suara majoriti atau suara minoriti yang cuba dimajoritikan kepada pandangan rakyat ?


Bersama kita fikir adakah untung jika Perdana Menteri yang baru sahaja memegang kuasa dan masih jauh lagi perjalanannya memajukan Malayasia yang sudah terbukti pencapaian beliau - diturunkan pangkat oleh tangan blogger seperti kita ?


Adakah di saat kita berdepan berbagai cabaran hari ini dan ketika itu juga kita mahu mengambil kesempatan atas kesempitan keadaan ?


Buktikan dengan jelas kepada saya apakah kesilapan besar Perdana Menteri setakat ini dan saya pasti akan bersama anda jatuhkan beliau !!!


Jika tidak jangan harap saya akan menjadi petualang merosakkan negara kita walau atas nama apa jua yang anda inginkan.




Biarkan 2 penggal Dato Seri Najib memegang tampuk pemerintahan negara di dalam memajukan negara kita. Jangan cuba timbulkan huru-hara.




Sekian dan mohon jangan jadi Pak Turut tetapi fikirlah dengan tenang apakah dosa-dosa yang dilakukan Perdana Menteri sehingga kita perlu menggantikan beliau dengan orang lain samada Ku Li atau Muhyidin.
sumber:panglima perang

Saturday, 20 August 2011

DERITA PAKATAN RAKYAT KIAN BERPANJANGAN!!!

Penafian perlu dibuat awal-awal lagi. Jadi, bila ianya berlaku sepertimana yang difikirkan, setidak-tidaknya para penyokong akan menjerit mengatakan apa yang telah diucapkan, benar-benar berlaku.
Itulah helah dan taktik yang digunakan oleh Pakatan Rakyat. Guan Eng sedang kepanasan di Pulau Pinang. Dia bukan sahaja dimusuhi oleh Melayu UMNO, tetapi juga Cina dan India. Tidak sahaja dari Barisan Nasional, bahkan di kalangan DAP Pulau Pinang sendiri. Kerana itulah, Guan Eng mengeluarkan arahan dan menggubal peraturan partinya, agar mana-mana pemimpin atau ahli-ahli DAP tidak mengutuknya secara terang-terangan terutama kepada media.
Cerita kononnya kalau pilihanraya benar-benar telus dan bersih, Pakatan sudah menang lama, adalah cerita paling karut pernah didengar. Semenjak bila pula Pakatan Rakyat wujud? Pakatan Rakyat wujud apabila di Perak tidak terdapat satu parti yang dapat menggantikan UMNO yang merupakan pemegang konsesi terbesar. Jadi, DAP dipersatukan oleh Anwar Ibrahim dengan PKR dan PAS. Dan penyatuan tersebut digelar Pakatan Rakyat. UMNO secara gentleman menyerahkan pentadbiran negeri kepada Pakatan Rakyat, sungguhpun kalau dibawa ke mahkamah pun, Pakatan Rakyat tidak akan menang kerana mereka bukanlah pakatan yang berdaftar.
Begitu jugalah yang berlaku di Selangor!
Dalam mana-mana pilihanraya, DAP tidak bertanding di semua kawasan berbanding BN. PAS juga tidak bertanding di semua kawasan. PKR baru sahaja bertanding pada 2004. Jadi, secara logiknya, SEJAK LAMA yang dimaksudkan oleh Guan Eng itu, berapa lama?
SEJAK LAMA itu sebenarnya alasan yang paling wajar untuk digunakan pada kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak. Guan Eng sudah nampak masalah besar yang melanda. PKR sudah lama hilang sokongan. Saki-baki penyokongnya hanyalah mereka yang tidak berotak, tidak berakal dan dipenuhi hawa nafsu. Manakala sebahagian besar ahli-ahli PAS yang juga tidak berani menyuarakan tentangan secara terang-terangan, dan tidak bersetuju dengan peranan PAS yang dilihat menjadi selipar jamban DAP dan Guan Eng, sedang melakukan undi protes.
Dek kerana itulah, Guan Eng terpaksa mereka cerita kononnya, pilihanraya yang bersih dan adil sudah lama memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat. (BACA DI SINI)
Sebenarnya amat mudah, kalau Pakatan Rakyat benar-benar telus dan benar-benar adil, terutama sekali di Pulau Pinang, seharusnya Pakatan Rakyat membantu Jabatan Perangkaan ketika bancian dibuat. Bukannya menyorokkan sebahagian besar orang Cina yang tidak tahu bercakap Bahasa Kebangsaan dan tidak tahu menyanyikan lagu Negaraku.
Kalau Pakatan benar-benar telus dan adil, seharusnya perangkaan PATI yang banyak membantu Pakatan, seperti di Ampang, didedahkan kepada umum, bukannya menyalahkan kerajaan tetapi pada masa yang sama, menunjukkan kebergantungan tenaga import yang mendapat perlindungan Pakatan di kawasan-kawasan yang mereka kuasai.
Taktik jahat Pakatan Rakyat sebenarnya sudah terburai. Sistem biometrik untuk mendaftarkan PATI amat menakutkan Pakatan Rakyat. Sebabnya, apabila program tersebut telah sempurna, separuh daripada sokongan Pakatan Rakyat akan hilang. Golongan hibrid yang setaraf dengan Azmin Ali, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, akan sukar ditarik untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat sedang mendapat sokongan besar.
Dan cara terbaik untuk melindungi kejahatan adalah dengan menuduh orang lain jahat!
Itu taktik yang sudah lama dipraktikkan oleh Anwar Ibrahim. Taktik sama juga yang digunakan oleh Guan Eng. Ciptakan satu drama dan kemudian tuduh orang lain berdrama. Sentiasa dan berterusan menyerang sistem untuk menutup sistem pincang pada diri sendiri. Ceritakan dan korek cerita rasuah orang lain untuk menutup rasuah yang sudah menjadi darah daging sendiri. Naikkan sentimen rakyat dengan memperkatakan tentang kekayaan pihak musuh tetapi pada masa yang sama, tidak akan sama sekali mendedahkan bagaimana kekayaan sendiri diperolehi.
Maka cerita tentang kononnya Pakatan Rakyat sudah boleh menang jikalau pilihanraya yang telus dan adil, sepatutnya disusuli dengan angka. Bukankah Guan Eng sangat gemar dengan angka walaupun kemudiannya angka jugalah yang membogelkan pembohongannya?
Dari tahun 1964 sehinggalah sekarang, berapa jumlah kerusi Parlimen dan ADUN yang ditandingi oleh DAP. Dan katakanlah DAP menang semua kerusi yang ditandinginya, benarkah -BN sudah menjadi pembangkang?
Begitu juga dengan PAS... katakanlah semua kerusi yang ditandingi oleh PAS dari tahun 1955 sehingga 2008, adakah PAS dapat membentuk kerajaan setiap kali PRU berakhir?
Derita Pakatan Rakyat semakin berpanjangan nampaknya. Bukan kerana kekuatan BN menyerang mereka, tetapi kerana pembohongan demi pembohongan yang dilakukan mulai memakan diri sendiri!!!
Share

Monday, 15 August 2011

Dr. Ridhuan Tee Balun DAP!!!

Sumbangan siapa patut dihargai?


(Sinar Harian 15 Ogos 2011)

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini.


Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian memikirkan betapa liciknya mereka ini. Untuk menutup kelemahan, maka kehebatan merekapun ditonjolkan seperti sumbangan keluarga La Sallian, Mother Theresa, Gerakan Methodist dan Catholic dan sebagainya. Bacalah rencana meloyakan ini dalam laman-laman pro-mereka.


Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?


Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu yang lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi oleh perlembagaan persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam. Selama ini kita tidak pernah bertindak kejam terhadap bukan Islam. Begitulah berhikmahnya kita dalam menjaga bukan Islam dan hak mereka, sehingga hak sendiri terabai.


Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Gerakan mereka ditaja oleh missionari antarabangsa.


Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan pribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah sumbangan memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis. Saya tidak fikir orang Melayu Islam tidak boleh mengurus estet, lombong dan bandar jika ditakdirkan tidak berlaku penghijrahan ketika itu.


Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh-tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?


Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu.Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatupun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.


Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup. Kini, sewenang-wenang kita mahu melupakan jasa-jasa mereka, dengan menonjolkan sumbangan La Sallian, Mother Theresa dan gereja yang lain. Tidak cukupkah kebebasan beragama yang dibenarkan tanpa had? Masih tidak bersyukur? Di negara China, etnik Cina Islam Uighur dilarang menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan. Pernahkah kerajaan Malaysia bertindak sedemikian kepada minoriti di sini?

sumber:mymassa.blogspot.com

Friday, 12 August 2011

Malaysia Kini Mengamalkan Apartheid

Hari ini (12/8/2011) kita mendengar berita yang tidak begitu mengejutkan iaitu larangan membingitkan seruan Islam pada batas-batas waktu tertentu di Pulau Pinang. Yang lebih menggembirakan ialah larangan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sendiri yang mungkin dianggotai oleh orang Islam dan ber-kaum Melayu.

Aneh sungguh, ramai orang menyangka Malaysia adalah Tanah Melayu tetapi kini kita telah pasti dengan jelas bahawasanya Malaysia adalah Tanah Bukan Melayu. Alasan ini dikukuhkan dengan keakuran kaum Melayu terhadap arahan-arahan tertentu didalam pengamalan Islam dan budaya Melayu.

Tanah ini Melayu yang punya ? Karut, karut sungguh persoalan tersebut. Tanah ini Allah SWT yang punya, itu kata mereka. Siapa yang berani menafikan ? Oleh kerana tanah ini Allah SWT yang punya maka mereka menegaskan bahawa syiar Islam tidak wajar diagungkan kerana ia boleh menjejaskan hubungan antara kaum asal dengan kaum pendatang. Atas alasan yang sama juga, kalimah Allah wajar disama ratakan tarafnya dengan tuhan-tuhan agama lain. Atas alasan yang sama juga tidak menjadi kesalahan jika mereka memujuk umat Islam untuk menganut fahaman agama lain. Atas alasan yang sama juga adalah tidak sopan sekiranya umat Islam tidak menjamah babi yang dihidangkan kerana wajib hukumnya menjaga hati dan perasaan kaum pendatang.

Meletakkan sesuatu tidak ditempatnya dan menghukum tanpa pertimbangan semasa adalah definisi Islam baru masa kini. Alhamdulillah, bala berkaitan kegelapan hati dan kepudaran iman adalah hadiah kerana penganut agama Islam kian giat berebut kenikmatan dunia semata-mata.
sumber:www.isupolitiksemasa.net


Monday, 8 August 2011

Kit Siang Kepanasan Dengan Video


DAP dakwa klip video Kedai 1 Malaysia rasis, mahu Putrajaya siasat
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — DAP mahu pihak berkuasa menyiasat dalang satu video di YouTube.com yang mendakwa parti itu mahu peniaga-peniaga Cina menaikkan harga barang dan mencetuskan kemarahan ke atas pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Klip video lapan minit dengan tajuk “Sembang Rakyat - Kedai 1 Malaysia” itu dilihat satu usaha untuk mendakwa ia sebahagian daripada konspirasi DAP memancing sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum.

“Ini tindakan penggunaan Internet yang sangat tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa dengan mendalam.

“Sudah pasti ia bermotifkan politik dan sesuatu yang mudah untuk mengesyaki siapa di belakangnya,” kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.
sumber:ruangbicarafaisal.blogspot.com

Saturday, 6 August 2011

PROGRAM JELAJAH BERTADRUS RAMADAN


Program jelajah bertadarus ramadhan anjuran biro ekonomi pergerakan pemuda PBB Sarawak dan pergerakan pemuda PBB Zon tengah. Bermula pada 03/08/2011. Kawasan N9 Padungan dan N10 Pending di surau kampong mendu. Pada 04/08/2011 di N8 Satok bertempat di jalam masjid muda hasim. Perasmian jelajah bertadarus ramadhan 2011 akan dilancarkan di sibu pada 08/08/2011.

Thursday, 4 August 2011

Siasat Saja Kuek Kang Keng di bawah Akta Yang Tersedia

 
Kuek Ser Kuang Keng merupakan wartawan Malaysiakini yang bertanggungjawab menyediakan berita mengenai MyPR - MyKad yang heboh diperkatakan di dalam alam siber.

Bermula dengan laporan berita pertama yang menulis Mismah merupakan pengundi berdaftar yang sah dengan SPR dan JPN meluluskan rekod permohonan warganegara Mismah dalam tempoh hanya 4 jam. 

Selepas itu bila 'digeletek' oleh pihak bloggers semalam. 

Kuek Ser Kuang Kang Kang (maaf susah sebut nama lu)  menulis satu lagi berita dengan menuduh bahawa SPR telah menukar status Mismah dalam rekod mereka.


 Di Malaysia wartawan terikat dengan beberapa akta antaranya :
Akta Mesin Cetak & Penerbitan (1985)

Akta Kemasukkan Bahan-Bahan Bercetak (1958 pindaan 1972)

Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960)

Akta Hasutan (1948 Pindaan 1971)

Akta Rahsia-Rahsia Rasmi (1972) 
Ordinan Fitnah/Akta Fitnah (1957) 
Akta Komunikasi & Multimedia (1998)   
Ramai menyeru KDN bertindak terhadap portal Malaysiakini dan ada yang menggesa supaya portal ini ditutup, bagi saya tidak perlu sampai bertindak sehingga ke tahap itu. Cukuplah sekadar menyiasat wartawan yang menulis berita berkenaan di bawah akta-akta yang telah lama wujud dalam negara kita.

Bagi saya wartawan Kuek Ser Kang Kang tidak berfikir panjang dalam menilai keharmonian dan keselamatan sesuatu komuniti. Laporan berita yang ditulis semalam berniat jahat menyerang agensi-agensi kerajaan.  

Kuek Ser Kang Kang berniat melemahkan keyakinan rakyat terhadap agensi penting macam JPN.

Wartawan Malaysiakini ini wajar dikenakan dengan akta-akta yang telah wujud dalam negara kita, supaya menjadi pengajaran kepada wartawan lain agar lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu berita.

Laporan yang ditulis Kuek Ser Kang Kang semalam juga berniat untuk menghasut rakyat Malaysia supaya tidak mempercayai agensi yang diamanahkan untuk menguruskan proses Pilihanraya dalam negara kita. 

Sebagai seorang wartawan Kuek Ser Kang Kang sepatutnya bertanggungjawab mengimbangi maklumat yang diperolehi dengan kebenaran berita. 

Kuek Ser Kang Kang juga gagal menjalankan tugas sebagai wartawan yang baik di mana beliau telah gagal membuat penyiasatan dan semakan terperinci dengan JPN sebelum bertindak menyiarkan laporan terbabit. 

Laporan JPN telah menafikan bahawa wujudnya proses kelulusan dalam tempoh 4 jam sebagaimana ditulis semalam.

Dalam banyak-banyak akta, akta apa yang paling sesuai untuk Kuek Ser Kang Kang?

Wednesday, 3 August 2011

Pro-Dayak & PRS tiada masalah NCR


Petang tadi ada menerima e-mail dari seorang rakan yang berkenaan dengan masalah NCR di Sarawak yang sering kali menjadi isu perbualan dan perbalahan di dalam Page Pemuda PRS Sarawak (Facebook). Rakan BR tersebut yang mewakili diri nya sendiri mengajukan soalan berkenaan dengan NCR iaitu masalah NCR di kalangan Rakyat Dayak di sarawak. beliau mengajukan soalan tersebut di dalam page PPRSS adalah bertujuan ingin tahu masalah, punca masalah dah siapa yang bermasalah berkenaan dengan NCR. akan tetapi, setelah 13 jam menungu balasan/jawapan dari pihak PPRS serta Pro-Dayak, rakan BR tiada menerima sebarang maklum balas serta jawapan dari kedua-dua pihak. oleh yang demikian, rakan BR memutuskan untuk mewakili beliau mengeluarkan kenyataan ini. 



E-mail dari rakan BR.
Dari apa yang BR selidiki di dalam page PPRSS, memang benar isu NCR di kalangan Dayak di sarawak sudah selesai dan tiada isu berbangkit. jika ada sekalipun, ianya hanyalah dikeluarkan untuk meraih sokongan di kalangan rakan-rakan Page PPRSS sahaja. BR berani berkata demikian kerana tiada bukti dari pihak yang bermasalah di dalam isu NCR. tiada apa-apa aduan, pandangan mahupun maklum balas kepada rakan BR berkenaan dengan isu NCR bila beliau mengajukan topic tersebut di dalam page PPRSS. 
sumber:batangrajang