Antara isu paling hangat diperkatakan sekarang ini?Persoalan timbul ada orang yang bermain wayang disebalik pemilihan pemimpin tertinggi dalam parti Ini....
Sejak Pilihanraya kecil Sibu 2010 semakin menyerlah rancangan segelintir tauke-tauke besar Foochow untuk menguasai kuasa politik Sarawak. Sebagaimana sedia maklum Foochow sudah memegang kuasa dominan ekonomi Sarawak dengan menguasai 80% industri-industri sumber alam dan 70% industri perkhidmatan. Pada Pilihanraya kecil Sibu 2010 konglomerat besar Rimbunan Hijau Berhad (milik Sir Tiong Hiew King dan Tiong Thai King) dan Delta Group Sdn Bhd (milik Hii King Chiong dan Hii Hium Ung) telah menyokong calon DAP Wong Ho Leng untuk menentang calon Barisan Nasional. Untuk beberapa tahun Rimbunan Hijau telah membayar banyak ’Yuran Guaman’ kepada firma guaman Wong Ho Leng.
Datuk Bandar Sibu Tiong Thai King yang dilantik Barisan Nasional telah memberi banyak kebenaran kepada calon DAP Wong Ho Leng untuk menggunakan Dewan-dewan kerajaan untuk ceramah di kota Sibu. Ceramah-ceramah tersebut dijadikan landasan oleh DAP untuk menghumban pemfitnahan dan pembohongan kepada orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (yang meletakkan Rimbunan Hijau Tiong Thai King sebagai Datuk Bandar).
Secara hakikatnya DAP Sarawak sudah dikuasai oleh tauke-tauke besar Foochow menerusi ’imbuhan’ mereka selama beberapa tahun yang lepas (memang sudah berdekad lama tetapi sekarang memuncak kerana ada perancangan). Sekarang tauke-tauke Foochow mahu menguasai parti cina komponen Barisan Nasional untuk memegang kuasa politik kaum cina Sarawak secara seluruhnya (pembangkang dan parti komponen BN).
Harus diingatkan bahawa tauke-tauke segelintir Foochow sudah menguasai ekonomi Sarawak menerusi pembalakan (haram dan sah), kelapa sawit (mengambil tanah kampung dan meningkatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan) dan penyeludupan. Dengan tunai berpuluh billion yang dipegang mereka bukan sahaja politik Sarawak boleh diganggu-gugat tetapi politik dan keselamatan negara juga boleh terancam.
Sir Tiong Hiew King juga menguasai beberapa suratkhabar seperti akhbar Sin Chew Jit Poh yang terbukti sungguh kritikal terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.
Perancanganan politik elit Foochow (tidak termasuk 'masses' Foochow) ini sekarang menyokong Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh untuk mengambil jawatan Presiden SUPP Sarawak. Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh adalah seorang yang baik dan berjasa kepada masyarakat Cina tetapi dikhuatirkan terlalu terpengaruh oleh syarikat-syarikat besar ini.
Bulan November ini telah menyaksikan tauke-tauke besar Foochow memberi banyak imbuhan politik wang untuk memastikan kemenangan calon-calon ’pilihan mereka’ dalam parti SUPP.
Sarawak sekarang diambang perubahan dimana kuasa ekonomi segelintir tauke-tauke besar sedang digunakan untuk mengambil alih kuasa politik seluruh kaum cina. Dengan itu lebih 30% kuasa politik Sarawak di tangan segelintir tauke-tauke besar ini. Adakah tampuk politik kaum bumiputera Sarawak sasaran mereka yang seterusnya?
sumber:sebanaku
apa dah berlaku ini???
ReplyDelete