LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday, 24 November 2011

ADUN DAP: Memperlekehkan Pasukan Bola Kebangsaan Malaysia!


Mulanya saya beranggapan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan skuad Harimau Muda negara memungut pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia dalam perlawanan akhir malam semalam.

Mengekalkan pingat emas, dan berdepan pula dengan sorakan lebih 100,000 penyokong tegar bolasepak Indonesia bukanlah perkara mudah, sebaliknya memerlukan kekuatan mental dan emosi yang cukup kuat daripada kesebelasan bawah 23 tahun negara.

Namun anggapan saya itu meleset. Rupanya ada juga rakyat warga Malaysia yang langsung tidak mempunyai semangat patriotik, tambah lagi mereka adalah merupakan pemimpin politik yang telah dipilih oleh pengundi rakyat Malaysia. Kemenangan skuad Harimau Muda itu tak ada nilai apa-apa bagi mereka.

Dalam Sidang DUN Perak pagi semalam, ADUN Trong (BN), Datuk Rosli Husin bangun untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan muda bolasepak Malaysia, sebelum beliau mengemukakan soalan lisan ketiga. Belum sempat beliau menghabiskan ayat penghargaannya, ADUN Pasir Pinji (DAP), Thomas Su (foto atas) bangun membantah dengan mendakwa tindakan ADUN Trong itu tidak mengikut peraturan mesyuarat. Suasana dewan tiba-tiba menjadi hangat, dengan sikap sebahagian besar Adun pembangkang yang turut menyokong bantahan Thomas Su itu.


Apalah salahnya Datuk Rosli mengucapkan tahniah di dalam Dewan yang mulia? Lagipun soalan ketiganya berkaitan prestasi sukan di negeri Perak. Malah saya dapat lihat di kaca TV malam tadi sebilangan besar Ahli Parlimen turut mengucapkan tahniah atas prestasi Harimau Muda mengalahkan Indonesia. Ahli Parlimen Kota Belud, Dato' Abdul Rahman Dahlan memulakan soalan lisannya dengan pantun mengucapkan tahniah kepada skuad bolasepak muda sebelum mengemukakan soalan dalam baris terakhir rangkap pantunnya itu.

Tidak juga cacat Sidang DUN Perak sekiranya penghormatan kepada skuad Harimau Muda diberikan secara begitu, berbanding dengan sikap sebahagian ADUN pembangkang yang memanjat meja, mematahkan mikrofon, menyerbu ruang pihak lawan, menjerit tak tentu pasal, memaki hamun, memukul Bentara Dewan dan lain-lain lagi suatu masa dulu. Sikap mereka ini lebih teruk dan merosakkan kesucian Dewan dan memberi gambaran buruk kepada dunia luar.

Tidak juga cacat Dewan Rakyat di Parlimen apabila Datuk Rahman membacakan pantun sebelum soalan lisan, berbanding jerit pekik Nizar Jamaluddin sebaik selesai membacakan watikah angkat sumpah selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Apa yang jelas, pakatan pembangkang khususnya DAP langsung tidak ada semangat patriotik. Majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar kehidupan merasa begitu berbangga dengan kejayaan Harimau Muda mengutip 'ibu segala pingat emas' di Sukan Sea buat negara.

Atas kejayaan besar negara itu, tak kiralah cara apa kita menyatakan penghargaan samada memberikan ganjaran kewangan kepada pemain dan pegawai yang terlibat dengan skuad berkenaan, ataupun mengucapkan tahniah di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Tak kiralah samada sebelum mengemukakan soalan lisan ataupun dalam sessi soalan tambahan atau perbahasan.

Thomas Su dan team pembangkangnya perlu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya. Janganlah ketika rakyat bergembira kerana mencapai kejayaan, pemimpin pilihan mereka menghalang pihak lain berkongsi kegembiraan rakyat itu.

Apapun, tahniah skuad Harimau Muda dan selamat kembali ke tanahair setelah berjaya mengharungi 'peperangan' yang cukup sengit dengan pemain dan penyokong fanatik Indonesia di Tanah Jawa.

sumber:panggungopera

2 comments:

  1. Ya memang kes kalah betting ya..hahaha.sapa nyuruh ngambik Indon..LOL..apa-apa pun Malaysia eh..salah, Malaya nang min best malam ya..hihihi

    ReplyDelete
  2. usir keluar jer dari malaysia ini...

    ReplyDelete