LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday, 30 November 2011

SHIDA HARMI MENAFIKAN!!!



PANAS!!!!!
SHIDA HARMI MENAFIKAN MENYEBAR GAMBAR MESRA DENGAN KHAIRUL FAHMI. TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIAMBIL SEKIRANYA HAL INI MASIH BERLARUTAN DAN AKAN MENCARI PENYEBAR SEBENAR GAMBAR TERSEBUT.

DAP TIPU STATUS BUMI UNTUK MILIKI TANAH DI SABAH



Row over native status of DAP chairman

Kota Kinabalu: Sabah DAP chairman Jimmy Wong's “native status” came under the spotlight again during the debate on the alleged issuance of fake native certificates at the state assembly sitting here.

In his debate on the state Budget, Sukau assemblyman Datuk Saddi Abdul Rahman had claimed that non-natives who obtained these certificates had used them to buy land in Sabah. Datuk Samsuddin Yahya (BNSekong) asked him to pinpoint the person involved.

Saadi later continued with his speech, saying that some of these dubious native certificate holders had succeeded in duping thousands of people in Kinabatanganby buying native land titles.

“I have documents from the National Registration Department to certify that the parents of the native title holders came from China and had applied for citizenship through the Lahad Datu Registration Office in 1966. They have made hundred of millions by tricking the locals,” he said. ~The Star

~Patut pribumi hidup melarat dan pendatang naik Hummer yang road tax sahaja 15000. Mereka menipu status bumiputra untuk dapatkan tanah Sabah yang kaya balak dan boleh buat tanam sawit di samping bina perumahan dengan harga rumah yang melampau dari semnanjung, di mana mustahil orang bumiputra mampu beli.

sumber:ops-shield

Tuesday, 29 November 2011

BUKU FITNAH KETUA MENTERI SARAWAK DIJUAL BERLELUASA


Perkara ini haruslah diambil tindakan segera ...pihak berkuasa terutamanya pihak PDRM dan pemimpin PBB tempatan perlu membuat laporan polis terhadap penjualan buku Jom Ubah ini

klik disini...


PEMIMPIN PEMUDA PBB SARAWAK PERLU AMBIL TINDAKAN SEGERA!!!!JANGAN BENARKAN PIHAK DAP INI MEMIJAK KEPALA KITA!!!HIDUP PEMUDA!!!
INI ADALAH FITNAH KEPADA  PEMIMPIN KETUA MENTERI SARAWAK!!!
SUMBER:KUCHINGITAM

Gaya ustaz pemaki hamun dengan motor besar



Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di depan pengikut masing-masing. Yang di bawah - gambar motor-motor besar yang dirakam semasa Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Pengikut Pas masih ingat pemimpin mereka tidak korup, tidak main perempuan dan tidak main isteri orang. Silap-silap ada pemimpin Pas yang sebijik macam Anwar juga, depan sapu, belakang pun sapu. Pengikut Pas buat apa? Lihat gambar kat bawah - tidur lena. Sebab tu asyik kena tipu sampai sekarang... :)
sumber:tunfaisal

Monday, 28 November 2011

PANAS :GAMBAR ANAK PEREMPUAN DR HASSAN ALI


Gambar gambar anak perempuan Dr Hassan Ali yang sedang berpeleseran di kelab malam kini telah di sebarkan kedalam internet sejak petang kemarin..

Menurut seorang pencari tegar gambaq gambaq blue di Internet saudara Mohad Zan Bin haji Durany beliau telah berjumpa gambaq anak Dr Hassan Ali ketika mengunakan kata kunci di Google Image "Lebai sexs"

Dr Hassan Ali yang juga seorang doktor sakit puan di sebuah bandar terpencil Bandung Indonesia ketika di hubungi telah mengesahkan bahawa gambar2 itu sememangnya gambaq anaknya yang bernama Nikita.

sumber:abu nawas

Sunday, 27 November 2011

PANAS!!!! SKANDAL KHAIRUL FAHMI CHE WAN....


Sedang tajinet78 sedih dengan kekalahan Malaysia..terbaca pula  kat laman bloq member cerita penjaga Malaysia ini...Fuhhh panas juga yea...ikuti story ini....
OLEH;SEJARAHMELAYU....
Tak habis-habis kisah panas  tentang Apek , penjaga gol sepak negara dengan perempuan . Aksi beliau  tangkas di padang bola bak seorang wira , tapi GPB hairan di luar pulak diselubungi  ceritanya dengan gadis . 
Ikut cerita panas tentang apek ini di bawah ini : 
 Setelah pulang terjulang sebagai wira negara membantu skuad Harimau Muda membaham Garuda di bumi sendiri, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex terus menjadi buruan gadis, tidak terkecuali yang seorang artis baru, Shida Harmi.
Dalam perkembangan terbaru penjaga gawang gol Harimau Muda ini, blog hiburan terkenal tanahair, Rotikaya.com menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keintiman antara Apex dan Shida Harmi yang dikirim oleh seseorang yang dipercayai rakan rapat artis itu atau Shida Harmi sendiri.
“Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri,” kata pemilik laman web tersebut.
Menghangatkan lagi kontroversi, Rotikaya.com juga menyiarkan dua paparan ‘screenshot’ Blackberry Messenger (BBM) yang dirujuk kepada perbualan antara Apex dan Shida Harmi di mana terkandung unsur pertengkaran dan ugutan.

Dalam perbualan di BBM tersebut, Shida seolah-olah cuba mengugut Apex untuk mendedahkan kepada umum kononnya mereka pernah tidur bersama.
“Klu I nk sebar kan dri dlu lah cik fahmiiiii.. Pk la skik.. Sb kan u dh wat palat gini, kutuk2 I sume, Cite psl u? Cite psl pe? Bukan I cite btul ke? Yg u cakap I dok meroyan tergile2 kan u nape?  U nak i tunjuk bukti yg pena tdo dgn u? I got all d prove..dun u eva play wit me,” kata Shida, merujuk kepada BBM tersebut.
Blog hiburan itu juga percayai bahawa gambar dan perbualan BBM antara Apex – Shida Harmi itu berlaku pada sekitar Ogos 2011, ketika kisah tentang pertunangan Apex dan bekas tunangnya, Elia, sedang sebok diperkatakan ramai.
Khairul Fahmi putus tunang dengan Elia dan kemudiannya digosipkan menjalin hubungan mesra dengan seorang artis, Dahlia Teck, selain dikaitkan dengan watak sampingan, Shida Harmi.
Apex juga telah dilanda kontroversi apabila pihak tertentu telah mengirimkan beberapa keping gambar beliau dan beberapa gadis-gadis seksi ketika menyambut hari lahir Dahlia Teck di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang di sini sejurus sebelum berlepas ke Jakarta bagi menghadapi kejohanan Sukan Sea di Jakarta.
Berikut adalah beberapa keping gambar Apex dan Shida Harmi yang tersiar di laman blog Rotikaya.com hari ini.

sumber : myNewsHub 

TOYOL DALAM PROJEK NEGERI KEDAH?



Syabas kepada kerajaan Kedah kerana berjaya merugikan hampir RM400,000 dalam projek ternakan ikan Keli-K yang diusahakan di Sungai Pau, Sik.

Amiruddin a.k.a. Amiruddin-K 
Angka itu bukan UMNO yang kata, bukan BN yang reka, tapi disebut sendiri oleh EXCO Industri, Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Kata Amiruddin, projek itu dilaksanakan oleh Novel Ventures Sdn Bhd (NVSB) di tanah seluas kira-kira lima hektar secara usaha sama, iaitu Menteri Besar Diperbadankan yang memegang saham 51 peratus dan Dawi Corporation 49 peratus saham.


Projek itu bertujuan melaksanakan ternakan ikan keli secara komersial, termasuk untuk ditinkan bagi pasaran tempatan dan eksport, selain membantu penduduk miskin meningkatkan pendapatan melalui penternakan ikan keli secara kontrak.

“Apa yang dijanjikan NVSB tidak menjadi kenyataan dan sehingga tempoh 31 Disember 2010, projek itu mencatat kerugian sebanyak RM397,423 akibat kos operasi yang tinggi, termasuk kos makanan ikan dalam bentuk pellet selain sumber elektrik yang dijana melalui generator.

“Bagi mengelak kerugian lebih besar, kerajaan negeri menamatkan kontrak syarikat itu dan menyerahkannya kepada anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Kedah Agro yang kini mula menunjukkan tanda pemulihan.
Pemulihan lagu mana tu agaknya? Kalau ikut kata Amiruddin la ni dok ada kira-kira 150,000 ikan keli pelbagai peringkat di projek itu.

Tu dia, lebur RM400,000, hasilnya cuma 150,000 ekoq. Baguih sungguh cara depa berniaga.

Kalau ikut perancangan tu, kata Amiruddin lagi, jika dapat harga RM3.50 sekilo, ikan-ikan keli itu bolehlah dipasarkan secara segar. Kalau tidak, nak kena usaha cara lain termasuk mengetinkannya. Kilang pengetin di Sungai Petani pun dah siap. La depa dok try beberapa perasa.

Elok la tu. Jangan lepas ni timbui cerita duit lebur di kilang pengetin tu pulak. Yang tinggal cuma bumbung, dinding dan rangka kilang. Artikel ni Mc ambil dari blog Kedah Pior.
sumber:azmykelanajaya

Saturday, 26 November 2011

ISU DISEBALIK PEMILIHAN SUPP?


Antara isu paling hangat diperkatakan sekarang ini?Persoalan timbul ada orang yang bermain wayang disebalik pemilihan pemimpin tertinggi dalam parti Ini....



Sejak Pilihanraya kecil Sibu 2010 semakin menyerlah rancangan segelintir tauke-tauke besar Foochow untuk menguasai kuasa politik Sarawak.  Sebagaimana sedia maklum Foochow sudah memegang kuasa dominan ekonomi Sarawak dengan menguasai 80% industri-industri sumber alam dan 70% industri perkhidmatan.  Pada Pilihanraya kecil Sibu 2010 konglomerat besar Rimbunan Hijau Berhad (milik Sir Tiong Hiew King dan Tiong Thai King) dan Delta Group Sdn Bhd (milik Hii King Chiong dan Hii Hium Ung) telah menyokong calon DAP Wong Ho Leng untuk menentang calon Barisan Nasional.  Untuk beberapa tahun Rimbunan Hijau telah membayar banyak ’Yuran Guaman’ kepada firma guaman Wong Ho Leng.

Datuk Bandar Sibu Tiong Thai King yang dilantik Barisan Nasional telah memberi banyak kebenaran kepada calon DAP Wong Ho Leng untuk menggunakan Dewan-dewan kerajaan untuk ceramah di kota Sibu. Ceramah-ceramah tersebut dijadikan landasan oleh DAP untuk menghumban pemfitnahan dan pembohongan kepada orang ramai terhadap kerajaan Barisan Nasional (yang meletakkan Rimbunan Hijau Tiong Thai King sebagai Datuk Bandar).

Secara hakikatnya DAP Sarawak sudah dikuasai oleh tauke-tauke besar Foochow menerusi ’imbuhan’ mereka selama beberapa tahun yang lepas (memang sudah berdekad lama tetapi sekarang memuncak kerana ada perancangan).  Sekarang tauke-tauke Foochow mahu menguasai parti cina komponen Barisan Nasional untuk memegang kuasa politik kaum cina Sarawak secara seluruhnya (pembangkang dan parti komponen BN).

Harus diingatkan bahawa tauke-tauke segelintir Foochow sudah menguasai ekonomi Sarawak menerusi pembalakan (haram dan sah), kelapa sawit (mengambil tanah kampung dan meningkatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan) dan penyeludupan.  Dengan tunai berpuluh billion yang dipegang mereka bukan sahaja politik Sarawak boleh diganggu-gugat tetapi politik dan keselamatan negara juga boleh terancam.
Sir Tiong Hiew King juga menguasai beberapa suratkhabar seperti akhbar Sin Chew Jit Poh yang terbukti sungguh kritikal terhadap  pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Perancanganan politik elit Foochow (tidak termasuk 'masses' Foochow) ini sekarang menyokong Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh untuk mengambil jawatan Presiden SUPP Sarawak.  Yang Berhormat Dato Sri Wong Soon Koh adalah seorang yang baik dan berjasa kepada masyarakat Cina tetapi dikhuatirkan terlalu terpengaruh oleh syarikat-syarikat besar ini.

Bulan November ini telah menyaksikan tauke-tauke besar Foochow memberi banyak imbuhan politik wang untuk memastikan kemenangan calon-calon ’pilihan mereka’ dalam parti SUPP.  

Sarawak sekarang diambang perubahan dimana kuasa ekonomi segelintir tauke-tauke besar sedang digunakan untuk mengambil alih kuasa politik seluruh kaum cina.  Dengan itu lebih 30% kuasa politik Sarawak di tangan segelintir tauke-tauke besar ini.  Adakah tampuk politik kaum bumiputera Sarawak sasaran mereka yang seterusnya?
sumber:sebanaku

Friday, 25 November 2011

PANAS...ISU TEAM 5 SPDP

KEPUTUSAN  DARIPADA PERBINCANGAN SUPREME COUNCIL(SC) SPDP


TIDAK  DICALONKAN SEMULA


BUKAN AHLI PARTI SPDP LAGI

KENYATAAN DARIPADA PENGERUSI SPDP



SUMBER:audie61

Blogger Singapura Disiasat Siar Gambar Hina Islam!


Polis Singapura sedang menyiasat seorang blogger selepas dia dilapor menyiarkan gambar menghina Islam di akaun Facebooknya, kes ketiga seumpamanya di Singapura dalam tempoh seminggu. 

Donaldson Tan yang juga editor laman web komentar New Asia Republic dilapor menyiarkan gambar Kaabah bersama khinzir disertai kenyataan 'ini adalah mesej hasutan. Anda diberi amaran'. 

Tan dalam reaksinya kepada Channel NewsAsia berkata, dia menyiarkan gambar tersebut bagi menyedarkan orang ramai tentang perbuatan hasutan yang kini berleluasa di Facebook. 

Dia juga enggan menarik balik penyiaran gambar itu walaupun didesak rakan-rakan Facebooknya kerana percaya kepada kebebasan suara dan menurutnya Islam adalah agama yang boleh dipersoalkan. 

Tan turut mengakui, sebagai seorang bukan Islam tindakannya itu bersifat anti Islam dan boleh menimbulkan kemarahan di Internet. 

Ini merupakan kes ketiga bersifat perkauman dan menghina agama di Singapura dalam tempoh seminggu. Kes pertama melibatkan bekas anggota sayap Pemuda Parti Tindakan Rakyat ( PAP), Jason Neo yang disiasat kerana kenyataannya di dalam Facebook yang menghina kanak-kanak Melayu yang menaiki bas sekolah. 

Beberapa hari kemudian, anggota tentera kebangsaan (NSF), Christian Eliab Ratnam disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar teks berbunyi ' Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian yang dikuat kuasakan secara paksa'. 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata, polis sedang menyiasat beberapa aduan melibatkan kenyataan menghina agama di Internet dan meminta orang ramai bersabar sementara siasatan dijalankan. 

MHA turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyiarkan ulasan tentang agama yang boleh menyakitkan hati di Internet kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. - Agensi 
SUMBER:jendelamy

Thursday, 24 November 2011

ADUN DAP: Memperlekehkan Pasukan Bola Kebangsaan Malaysia!


Mulanya saya beranggapan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kemenangan skuad Harimau Muda negara memungut pingat emas dalam acara bolasepak Sukan Sea menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia dalam perlawanan akhir malam semalam.

Mengekalkan pingat emas, dan berdepan pula dengan sorakan lebih 100,000 penyokong tegar bolasepak Indonesia bukanlah perkara mudah, sebaliknya memerlukan kekuatan mental dan emosi yang cukup kuat daripada kesebelasan bawah 23 tahun negara.

Namun anggapan saya itu meleset. Rupanya ada juga rakyat warga Malaysia yang langsung tidak mempunyai semangat patriotik, tambah lagi mereka adalah merupakan pemimpin politik yang telah dipilih oleh pengundi rakyat Malaysia. Kemenangan skuad Harimau Muda itu tak ada nilai apa-apa bagi mereka.

Dalam Sidang DUN Perak pagi semalam, ADUN Trong (BN), Datuk Rosli Husin bangun untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan muda bolasepak Malaysia, sebelum beliau mengemukakan soalan lisan ketiga. Belum sempat beliau menghabiskan ayat penghargaannya, ADUN Pasir Pinji (DAP), Thomas Su (foto atas) bangun membantah dengan mendakwa tindakan ADUN Trong itu tidak mengikut peraturan mesyuarat. Suasana dewan tiba-tiba menjadi hangat, dengan sikap sebahagian besar Adun pembangkang yang turut menyokong bantahan Thomas Su itu.


Apalah salahnya Datuk Rosli mengucapkan tahniah di dalam Dewan yang mulia? Lagipun soalan ketiganya berkaitan prestasi sukan di negeri Perak. Malah saya dapat lihat di kaca TV malam tadi sebilangan besar Ahli Parlimen turut mengucapkan tahniah atas prestasi Harimau Muda mengalahkan Indonesia. Ahli Parlimen Kota Belud, Dato' Abdul Rahman Dahlan memulakan soalan lisannya dengan pantun mengucapkan tahniah kepada skuad bolasepak muda sebelum mengemukakan soalan dalam baris terakhir rangkap pantunnya itu.

Tidak juga cacat Sidang DUN Perak sekiranya penghormatan kepada skuad Harimau Muda diberikan secara begitu, berbanding dengan sikap sebahagian ADUN pembangkang yang memanjat meja, mematahkan mikrofon, menyerbu ruang pihak lawan, menjerit tak tentu pasal, memaki hamun, memukul Bentara Dewan dan lain-lain lagi suatu masa dulu. Sikap mereka ini lebih teruk dan merosakkan kesucian Dewan dan memberi gambaran buruk kepada dunia luar.

Tidak juga cacat Dewan Rakyat di Parlimen apabila Datuk Rahman membacakan pantun sebelum soalan lisan, berbanding jerit pekik Nizar Jamaluddin sebaik selesai membacakan watikah angkat sumpah selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Apa yang jelas, pakatan pembangkang khususnya DAP langsung tidak ada semangat patriotik. Majoriti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar kehidupan merasa begitu berbangga dengan kejayaan Harimau Muda mengutip 'ibu segala pingat emas' di Sukan Sea buat negara.

Atas kejayaan besar negara itu, tak kiralah cara apa kita menyatakan penghargaan samada memberikan ganjaran kewangan kepada pemain dan pegawai yang terlibat dengan skuad berkenaan, ataupun mengucapkan tahniah di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Tak kiralah samada sebelum mengemukakan soalan lisan ataupun dalam sessi soalan tambahan atau perbahasan.

Thomas Su dan team pembangkangnya perlu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya. Janganlah ketika rakyat bergembira kerana mencapai kejayaan, pemimpin pilihan mereka menghalang pihak lain berkongsi kegembiraan rakyat itu.

Apapun, tahniah skuad Harimau Muda dan selamat kembali ke tanahair setelah berjaya mengharungi 'peperangan' yang cukup sengit dengan pemain dan penyokong fanatik Indonesia di Tanah Jawa.

sumber:panggungopera

Tuesday, 22 November 2011

Datuk salim Parlan mengaku berkhalwat


Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan semalam mengaku bersalah kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April lalu.

Pengakuan itu dibuat Salim, 51, dan Nur Diayana, 30, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sebaik sahaja pertuduhan dibacakan semula terhadap mereka.

Ketika dihadapkan ke mahkamah sama pada 19 April lalu, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Salim yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam dilihat gelisah manakala Nur Diayana yang memakai jubah hijau menangis teresak-esak selepas membuat pengakuan tersebut di kandang tertuduh.

Nik Bukhari Hashimy bagaimanapun menetapkan 19 Disember depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap mereka berdua yang tidak diwakili peguam.

Salim dan Nur Diayana yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 5 pagi pada 16 April lalu di bilik bernombor 224 sebuah hotel di Batu Feringghi.

Monday, 21 November 2011

VIDEO ! Media Sosial 1Malaysia

Resolusi Media Sosial 1Malaysia yang di adakan di PWTC.


Thursday, 17 November 2011

Tab sri koh tsu koon tidak bertanding

Info yang baru tajinet78 bahawa presiden Parti Gerakan tidak akan bertanding pada PRU 13 nanti.
Ini merupakan pengorbanan yang perlu dicontohi senua pemimpin BN.Terima kasih YB...

posted from Bloggeroid

Wednesday, 16 November 2011

Bantuan kepada Sibu

"BN4Sarawak: RM848.909 mln allocation for Sibu projects: KUCHING: The state government had allocated RM848.909 million for in... http://t.co/lDJPvVo0"

posted from Bloggeroid

MUFTI PERLIS KENA BALUN ?

Seperti yang kita tahu, MalaysiaKini telah berniat jahat memutarbelitkan kenyataan awal Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang kononnya 'terkejut' kerana DS Najib Razak 'cepat selesaikan ibadah Haji'.

Oleh kerana termalu memperbodoh-bodohkan pembaca tapi tidak mahu mengaku bersalah, MalaysiaKini terpaksa mengeluarkan kenyataan balas Juanda.

Dan jika kita baca laporan di bawah, MiM dapat mengagak bahawa 'pihak yang hendak mengulas isu Haji Najib Razak tidak cukup mendalami ilmu Haji' turut ditujukan kepada editor-editor kafir MalaysiaKini!

Dan jika Mufti Perlis tahu bahawa Najib Razak lengkap rukun Hajinya, kenapakah portal pro-pembangkang itu mendakwa bahawa beliau 'terkejut'?

Tetapi, biasalah. Siapa yang tidak kenal dengan sikap pembohong dan kaki putarbelit portal pro-pembangkang bernama MalaysiaKini.


Mereka cekap bermain-main dengan kata-kata tetapi sampai bila mereka boleh tipu pembaca?

MalaysiaKini memang jahat tahap sampah!

Media alternatif seperti bloggers pro-pembangkang pun turut sama menyebarkan fitnah tersebut tanpa usul periksa. MALU!
Sila baca laporan yang ditulis oleh MalaysiaKini. Di antaranya :-


Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.

Beliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

sumber:novandri.blogspot.com

Tuesday, 15 November 2011

TAUKE AIR ASIA DAH MULA TINGGI HIDUNG ?!!



KUALA LUMPUR, 14 Nov – Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin(gambar) mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.
“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.
Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.”
“Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.
Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.
“Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.
“Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.
Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna “pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi.”
Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.
SUMBER:azmykelanajaya.blogspot.com