Kehairanan bin keajaib an pulak mendengar kenyataan PM Najib untuk sekian kalinya. Apa tidaknya-beliau kata tak gentar dengan pengedali-pengedali blogger namun menyokong pula mereka jadi sebahagian dari kerajaan. Mungkin penulis cetek ilmu mengenalikan pemikiran seseorang namun sesiapa sahaja yang dengar kenyataannya pasti berpusing kepala dan putus urat saraf memikirkanya pula…..hehehe.
Ada yang khuatir dan bertanya tak takut ke nak kondem PM sendiri,kang tak pasal pasal masuk lokap-ishhhh jangan risau kita gunakan platform yang betul apa?? Kita diberikan hak bersuara cuma kaedahnya yang kecil sahaja. Ada tak kita dengar PM Najib berkata, kerajaan akan tetap dengan komitmen untuk tidak menghalang kandungan Internet sebagaimana yang diamalkan sejak pentadbiran Dr. Mahathir betul tak?? Itu buktinya beliau suka demokrasi.
Berbalik dengan cerita asal- sepatutnya PM Najib tidak perlu bersikap terlalu yakin bahawa blogger-blogger Malaysia tidak boleh mengancam pentadbiran beliau. Sebenarnya kalau kita fikir secara logiknya apa yang ada dengan penulisan blogger, ya setuju kalau kita tak peka!!! Rasanya Najib tahu kejatuhan Pak Lah dalam kepimpinannya adalah disebabkan peranan blogger yang sedang memanipulasi pentadbiran Pak Lah di ketika itu. Akhirnya mereka berjaya menumbangkan Pak Lah-senjata begini kalau dihalakan selalu kepada PM Najib-sudah pasti Najib juga akan menerima nasib yang sama.
Sikap angkuh dan terlalu percaya tiada siapa yang boleh mengancam beliau adalah pandangan cetek PM Najib- beliau kena harus berwaspada dengan gerakan-gerakan yang ada di sekelilingnya-terutama sekali orang yang hampir dan menjadi penasihat beliau. Penulis amat yakin blogger-blogger amat berkuasa bila sampai mengupas sesuatu isu dan sejata paling tajam sewaktu pelihanraya dan alat menaikkan semangat juang kepada sesetengah mereka yang ingin gulingkan kerajaan.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh PM Najib ini,penulis petik dari laporan mengenai penganjuran Persidangan Pertama Blogger-Blogger dari Asia Tenggara dan Blogger Malaysia. Penulis tidak mahu ber-sengkonkol dengan blogger upahan yang menjadi pengajur dalam majlis tersebut dan penulis sedikit pun tidak terkilan pergi ke sana walaupun mendapat jemputan…hehehhe.
Kalau antara mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan penulisan pada kali ini-usah bimbang kerana ingat,kita menegur untuk perubahan dan dunia politik baru adalah sebahagian dari penulisan yang cuba dibawa oleh semua blogger-blogger yang mencipta ruang untuk mengkritik kerajaan. Kalau PM Najib marah kita menghentamnya di alam maya kita gunakan petikan kenyataan beliau dalam utusan ini :
Kita mengamalkan demokrasi terbuka dan demokrasi digital adalah sebahagian daripadanya. Justeru, sesuatu yang sia-sia sekiranya kerajaan cuba menghalang atau tidak mempedulikan hakikat ini,” katanya
No comments:
Post a Comment