BANTU CIPTA REKOD: Taib tidak ketinggalan menyertai barisan 1,385 kaum Orang Ulu daripada pelbagai etnik, menarikan tarian panjang iaitu Datun Julut, untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records, di Miri, semalam.
MIRI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengingatkan rakyat supaya tidak berpecah belah sesama sendiri hanya kerana wujudnya perbezaan politik di kalangan mereka.
Beliau berkata jika rakyat membiarkan perkara itu berlaku, nescaya ia akan menyebabkan mereka berpecah belah sesama sendiri dalam satu bangsa dan masyarakat, seterusnya menyebabkan negara berada dalam keadaan terumbang-ambing.
“Jangan sesekali membiarkan perbezaan politik memecah-belahkan kita, kerana jika kita membiarkannya, maka negara akan terumbang-ambing.
“Sebaliknya rakyat perlu fokus dengan apa yang mereka benar-benar mahukan dan bukannya sesuatu yang tidak begitu jelas,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan
Hari Bandar Raya Miri Ke-7 di Stadium Miri di sini, semalam.
Sehubungan itu Taib mahu para pemimpin termasuk di peringkat akar umbi mewujudkan interaksi sosial yang baik dengan rakyat atau penduduk setempat bagi mewujudkan pemahaman dan kerjasama yang baik.
Jika interaksi sosial antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi adalah baik, maka mudah bagi mereka menepis segala sentimen pembangkang yang ‘popular’.
Mengenai Miri, Taib berkata bandar minyak yang pertama di Malaysia ini telah dikenali dunia seawal tahun 1910. Katanya ia merupakan latar belakang yang cukup kukuh di samping kepimpinannya selama ini yang telah berjaya melonjakkannya menjadi sebuah bandar raya yang pesat pada hari ini.
Perubahannya menjadi sebuah bandar raya pada tujuh tahun lalu telah menyaksikan Miri berjaya berkembang dan membangun berkali ganda saiznya berbanding 30 tahun lalu.
“Jumlah populasi turut meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 100,000, kini mencecah 300,000 dari Sibuti hingga ke Kuala Baram,” katanya.
Justeru katanya, penduduk Miri perlu sedar dengan peningkatan populasi ini yang akan membawa lebih banyak peluang dan ruang kepada pembangunan menerusi kemunculan pelbagai aktiviti ekonomi.
Bagaimanapun katanya, di sebalik perkembangan pembangunan tersebut ia telah mencetuskan semakin banyak masalah yang kompleks dan sukar.
“Justeru rakyat di Miri perlu sedar, bahawa ramai rakyat yang bertuah mempunyai peluang untuk menjadikan hidup mereka lebih bermakna hasil daripada kemajuan dan pelan pembangunan kerajaan untuk Miri dan peluang Miri berubah menjadi sebuah bandar raya peranginan.
Untuk menjadi sebuah bandar raya yang indah, selesa, selamat dan menarik Miri katanya, perlu tampil dengan satu identiti yang mampu menarik orang ramai datang untuk mengaguminya dan menikmati apa yang kerajaan bangunkan untuk Miri.
“Amat penting bagi penduduk Miri mengetahui bahawa mereka kini meraikan sambutan ulang tahun ketujuh Miri mencapai status bandar raya dan perlu meningkatkan lagi interaksi sosial dan meraikannya dalam cara yang betul bagi menggalakkan orang ramai datang dan seterusnya membina satu identiti tersendiri,” tambahnya.
Katanya kekuatan Miri ialah merealisasikan usaha untuk menjadikan rakyat yang pelbagai bangsa di Miri merasakan bahawa mereka adalah ‘orang Miri’ atau penduduk Miri.
Tanpa perasaan itu, katanya bandar raya ini tidak akan hidup dengan masyarakatnya yang tidak dapat bercampur gaul sesama sendiri.
“Oleh kerana itu saya ingin mengucap tahniah kepada pihak majlis (Majlis Bandaraya Miri) kerana berjaya menganjurkan acara seumpama ini yang mencerminkan tanggungjawab mereka dan perlunya bersatu serta membawa rakyat bersama-sama melalui rangkaian interaksi sosial yang baik.
“Kerana itulah MBM berjaya menganjurkan sebanyak 60 acara terdiri daripada pelbagai aktiviti sepanjang sambutan Hari Bandar Raya Miri Ke-7, kali ini,” katanya.
Sehingga kini, katanya kerajaan negeri amat bertuah kerana telah berjaya membangun dan ‘membina’ Miri seperti hari ini, jauh lebih baik daripada dahulu, dengan memiliki interaksi sosial yang baik iaitu saling memahami dan bekerjasama di antara pemimpin dan rakyat.
Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin yang juga Ahli Parlimen Miri, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin dan Datuk Bandar Miri Lawrence Lai.
- http://www.mysarawak.org/2012/05/21/kekalkan-persefahaman-taib.html

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment