BY:Dayak media
Sekumpulan Pemimpin-pemimpin PKR
Negeri Sarawak yang diketuai oleh En Jimmy Donald@Jimmy Lim dan
beberapa bekas calon PKR ketika PRN10 yang lepas telah mengadakan sidang
akhbar dengan menyatakan hasrat untuk keluar dari Parti Keadilan
Rakyat (PKR). Yang menjadi tanda tanya kenapa mereka mengambil keputusan
untuk keluar dari PKR? Adakah kerana sudah hilang kepercayaan dengan
perjuangan PKR ataupun sudah hilang kepercayaan terhadap
pimimpin-pemimpin PKR yang lain termasuk Penasihat PKR Anwar Ibrahim???.
Selain dari Jimmy Donald mereka yang lain ialah En Munan Laja, En
Jonas Riong, Mathew American dan Dr John Brian.
APAKAH AGENDA SEBENAR JIMMY
DONALD@JIMMY LIM dan rakan-rakannya untuk keluar dari PKR?? Ini kerana
menurut Jimmy Donald walaupun telah keluar dari PKR beliau tetap
menyokong PKR. Pada pendapat saya Pemimipin seperti ini hanya
mementingkan diri sendiri ataupun ada agenda terselindung seperti
terlibat secara tidak langsung dalam penubuhan parti baru yang PRO BN di
Sarawak. Pemimipin seperti mereka ini juga mungkin telah dipergunakan
oleh orang lain untuk tujuan kepentingan politik orang-orang tertentu
Saya akan terangkan serba
sedikit latarbelakang pemimpin-pemimpin yang bertindak keluar dari PKR
tersebut. Dengan penerangan ini mungkin akan memberi sedikit Jawapan
kenapa mereka Keluar PKR dan dari situ juga kita boleh menilai apakah
tujuan politik pemimpin seperti mereka ini….
EN JIMMY DONALD@JIMMY LIM ( Ketua PKR Sri Aman )
Jimmy Donald@Jimmy Lim ketika menyerahkan permohonan menyertai PKR
Jimmy Donald@Jimmy Lim ketika menyerahkan permohonan menyertai PKR
Beliau merupakan bekas ahli
Parlimen Sri Aman selama dua penggal dan memenangi Kerusi Parlimen Sri
Aman menggunakan ticket BN-PBDS selepas itu ticket BN-PRS. Bagaimanapun
beliau telah digugurkan menjadi calon BN semasa PRU 2008 kerana telah
bersekongkol dengan Dato Sng dan Larry Sng semasa perebutan Jawatan
Presiden PRS. Semasa krisis dalam Parti PRS tersebut Jimmy Donald telah
memihak kepada kumpulan Larry Sng untuk menentang kumpulan yang diketuai
Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Kerana tahu yang beliau tidak
akan dicalonkan untuk menjadi calon BN Semasa PRU12 tahun 2008 yang
lepas En Jimmy Donald@Jimmy Lim telah menjadi ahli PKR dan menjadi calon
PKR untuk menentang calon BN-PRS En Masir Kujat. Keputusan dimenangi
oleh calon BN-PRS.
Pada PRN10 yang lepas sekali
lagi Jimmy Donald bertanding menggunakan ticket PKR menentang calon
BN-PRS En Mong Dagang di DUN N26 Bukit Bangunan. Pertandingan dimenangi
oleh calon BN-PRS En Mong Dagang dengan memperolehi majority 2,773 undi.
EN MUNAN LAJA ( Ketua PKR Kapit )
Munan Laja ketika penamaan calon di N55 Ketibas
Munan Laja ketika bersama Larry Sng
Munan Laja ketika penamaan calon di N55 Ketibas
Munan Laja ketika bersama Larry Sng
Beliau merupakan bekas ahli
Parti PRS dan pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi Parti PRS. Belau
telah dipecat dari Parti PRS bersama-sama dengan Ketua Kumpulan Mereka
Larry Sng semasa krisis Parti PRS lepas. Beliau merupakan Orang kanan
Dato sng dan Larry Sng semasa dalam PBDS dan PRS dahulu. Menyertai PKR
selepas dipecat dari parti PRS. Pada PRN 10 lepas Munan Laja telah
bertanding menggunakan ticket PKR menentang calon BN-PBB Datuk Ambrose
Belikau di DUN N55 Ketibas. Keputusan dimenangi oleh Calon BN-PBB Datuk
Ambrose Belikau dengan majority 2,256 undi.
MATHEW AMERICAN pula merupakan bekas ahli PRS yang dipecat bersama-sama dengan Larry Sng, selepas itu masuk Parti Keadilan Rakyat.
JONAS RIONG pula merupakan Ketua PKR Serian yang bersama sama dengan Jimmy Donald untuk menyatakan hasrat keluar dari Parti PKR.
SECARA KESIMPULANNYA... PEMIMPIN-PEMIMPIN SEPERTI MEREKA INI KELUAR DARI PKR MUNGKIN KERANA ADA KAITAN DENGAN PARTI BARU YANG AKAN DITUBUHKAN NANTI. SEPERTI YANG SELALU DIKELUARKAN DI AKHBAR AKHBAR. PARTI BARU TERSEBUT MERUPAKAN PARTI YANG CUBA DIASAS OLEH DATO SNG DAN LARRY SNG......!!!!!.
No comments:
Post a Comment