LAGU UNTUK BLOGGER

Thursday, 22 September 2011

Kerana Bodoh Mereka Dikurung



BY double Y
Kecoh isu di mana tiga orang murid darjah enam di SK Bandar Bintangor di Sarikei tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka terlalu lemah atau bahasa yang mereka hendak gunakan sebenarnya adalah murid ini (bodoh).


Jika dibenarkan murid-murid ini menduduki peperiksaan tersebut dikhuatiri prestasi keseluruhan sekolah tersebut terjejas. Bukan sahaja dihalang daripada menduduki peperiksaan murid-murid ini turut dikunci dalam sebuah bilik oleh guru sekolah terbabit.

Memang di Sarawak kadar buta huruf di kalangan murid setahu saya berada pada tahap yang agak teruk sehinggakan ada murid dari darjah 1 mereka belajar sehingga naik ke darjah 6 masih gagal menghafal abjad ABCD dengan sempurna. Saya beranggapan tiga murid-murid yang dikurung ini mungkin terdiri daripada kategori buta huruf. 


Walaupun begitu janganlah diperlakukan murid-murid dengan cara sebegini walaupun mereka tidak cemerlang dalam pelajaran, lagipun tiada satu manusia diciptakan oleh Allah S.W.T untuk jadi BODOH.

Mungkin faktor pemakanan menyebabkan tumbesaran otak mereka tidak sama dengan kanak-kanak yang lain. Tapi jika diusia begini mereka terus disisihkan dan tidak diberi galakkan oleh pihak sekolah kesudahannya mereka akan terus jadi manusia yang lemah (bodoh) dan terus menjadi insan yang gagal pada masa hadapan.



Adakah guru-guru di SK Bandar Bintangor ingin melihat anak muridnya menjadi insan yang gagal di masa hadapan? Bukankah ketika di Maktab Perguruan ada ingatan kepada guru-guru bahawa tindakan menyorok atau menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan adalah satu kesalahan yang besar?

Saya mendapatkan respon guru-guru berhubung isu ini, rata-rata guru di Semenanjung tidak bersetuju dengan tindakan menyorok dan menghalang murid yang dianggap lemah (bodoh) ini semata-mata untuk menjaga prestasi sekolah. 

Walaupun murid terbabit lemah(bodoh), baik, buruk, nakal atau pandai sekalipun mereka tetap anak murid dan menjadi tugas mereka untuk memastikan yang lemah menjadi pandai, yang nakal menjadi baik. 
Itu tugas yang diamanahkan kepada mereka. 


Guru & Murid Tertekan?


Tapi dalam masa yang sama guru-guru yang memberi respon kepada saya berkata, dari perspektif mereka sebagai guru sistem pendidikan di Malaysia ini terlalu bergantung kepada peperiksaan sehingga membuatkan golongan murid tertekan begitu juga guru.

Peperiksaan UPSR melibatkan 5 subjek, namun subjek yang diajar di sekolah rendah lebih daripada 10 subjek. Kanak-kanak bawah 12 tahun telah dipaksa mempelajari bermacam-macam ilmu dan menjadikan sekolah satu tempat yang tidak menyeronokkan bagi mereka.

Peperiksaan UPSR pula dijadikan kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah rendah yang mana sekolah yang mendapat prestasi cemerlang dalam tempoh beberapa tahun secara berturut-turut akan diberikan ganjaran yang lumayan.

Guru Besar dan guru-guru akan mendapat ganjaran ini tapi difahamkan Guru Besar mendapat ganjaran yang jauh lebih tinggi walhal guru-guru diperingkat bawah yang bertungkus-lumus mengadakan tuisyen, kelas tambahan dan macam-macam aktiviti kerana ditekan oleh Guru Besar.

Jika sekolah itu kecil dan melibatkan jumlah pelajar yang tidak ramai macam di Sarawak tekanannya lagi tinggi kerana peratusan setiap seorang murid lebih tinggi berbanding dengan sekolah yang jumlah pelajarnya ramai, jika keputusan merundum maka berkampunglah nazir di sekolah tersebut.


Selepas itu diiringi pula dengan tekanan pegawai PPD, Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir sekali Guru Besar. Guru-guru hari ini mengajar dalam keadaan tertekan, sekolah tidak lagi menjadi tempat yang menyeronokkan untuk murid-murid.
Ekoran respon sebegini, wajarkah tawaran ganjaran lumayan kepada sekolah cemerlang dalam UPSR diteruskan oleh pihak atasan? Kerana mengejar ganjaran inilah wujudnya tekanan melampau dari pihak atasan kepada orang bawahnya.

Guru-guru sekolah juga turut mengatakan Kementerian Pelajaran lebih efisyen berada di bawah kendalian menteri sebelum ini jika hendak dibandingkan dengan yang sekarang.

No comments:

Post a Comment