Baru bian ngakuk nya terpaksa ikut kelaka si nuar dan azmin ali...Mcm nie nak mimpin Sarawak mun agik jadi Pak TURUT...Cara tuk kah kita nak ikut???
Jelas, perjuangan PKR bukanlah untuk rakyat Sarawak, tapi untuk Azmin dan Anwar sekeluarga di Semenanjung. Apakah akan terjadi kepada rakyat Sarawak jika PKR yang memerintah?
Baca kutipan dibawah;
Rundingan Kerusi Pilihanraya:PKR Sarawak Tiada Mandat
KUCHING, 25 Mac (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata ia tidak mempunyi mandat untuk menyelesaikan kebuntuan berhubung rundingan peruntukan kerusi dalam kalangan parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya negeri pada 16 April.
Bagaimanapun, Ketua PKR Sarawak Baru Bian berkata kegagalan rundingan antara parti itu dengan DAP berhubung kerusi Batu Kawa, Dudong serta Piasau dan dengan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tentang beberapa kerusi majoriti kaum Dayak, dijangka dapat diselesaikan akhir bulan ini.
“Kami tak diberi mandat berhubung peruntukan kerusi, jadi kami kena rujuk kepada para pemimpin kami di peringkat kebangsaan, termasuk Timbalan Presiden Azmin Ali, yang dijangka membuat keputusan mengenainya menjelang 29 Mac,” katanya kepada pemberita di sini.
PKR, yang kini hanya menyandang kerusi Padungan, bertelagah dengan DAP setelah gagal mencapai kata sepakat mengenai pembahagian kerusi untuk ditandingi pada rundingan di Kuala Lumpur semalam.
No comments:
Post a Comment