LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday 30 March 2011

KUCHING NGAN TIKUS....

KUALA LUMPUR: Perba-lahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) berhubung pembahagian kerusi bagi pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini berterusan apabila kedua-dua parti dilihat membuat tuntutan bertindih untuk 23 kerusi.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata sebanyak empat kerusi telah diperuntukkan kepada SNAP manakala PKR berhasrat bertan-ding di 24 kerusi lagi.
“Setakat ini sebanyak 24 kerusi sah akan ditandingi PKR, sementara SNAP di empat kerusi dan senarai penuh hanya akan dimuktamadkan dalam jangka masa terdekat memandangkan perbincangan antara dua parti masih berjalan.

“Kedua-dua parti menunjukkan minat terhadap 23 kerusi, jadi kita perlu lebih memperincikan kepada calon boleh menang, penerimaan pengundi dan isu tempatan,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat majlis pimpinan pembangkang di bangunan Parlimen di sini semalam.
Mesyuarat turut dihadiri penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pertikaian antara kedua-dua parti itu tercetus apabila PKR yang hanya mempunyai satu kerusi di Sarawak dalam penggal dewan yang lepas, telah me-nuntut untuk bertanding di le-bih 40 kerusi yang majoritinya juga mahu ditandingi SNAP.
Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri. Terdahulu, Anwar yang juga ketua pembangkang, mengesahkan DAP akan bertanding di 15 kerusi dan PAS lima kerusi.

Katanya, perbincangan bagi baki (51) kerusi masih berjalan antara PKR dan SNAP di Kuching dan kelewatan itu bukanlah satu masalah kerana, menurut beliau, hari pe-namaan calon masih jauh dan Barisan Nasional juga belum memutuskan calon mereka.
“Kita akan umumkan ke-­putusan penuh mengenai pembahagian kerusi di Ku-ching nanti, sabar,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment