LAGU UNTUK BLOGGER

Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

Saturday, 18 August 2012

ANWAR DAH TAK LARAT LAYAN LAJIM

Menurut seorang rakan di HQ PKR, Anwar sudah mula merungut dengan suasana politik Sabah. Anwar pening kepala, kerana terlampau banyak demand yang dikemukakan oleh kumpulan yang melompat ini. Macam-macam.



‘Those people are stupid fools‘ – pernah diutarakan dalam meeting penting.



Nampaknya, Anwar akan berdepan dengan karenah politik Lajim, Bumburing ini sampai menjelang pilihanraya. Khabarnya, Lajim tidak akan menerima sebarang jawatan yang lebih rendah. Anwar diberikan dua pilihan:-

Lajim sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru jika PR menang;
Lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri (kuota Borneo – rotation dengan wakil Sarawak);

Mendengar dua tekanan ini sahaja Anwar sudah naik angin. Tak masuk dek akal, untuk seorang yang sudah sunset seperti Lajim mengemukakan demand yang macam itu. Anwar banyak lagi perkara yang mahu difikir. Kuota Pas. Kuota DAP. Semua perlu masuk senarai.

Ketika ini, Azmin tersenyum kerana dia pernah ingatkan Anwar dengan permainan politik Lajim. Azmin sudah lama mengatakan keperluan PKR hati-hati dengan game yang mahu dimainkan oleh Lajim. Orang tak cukup inci (pendek) seperti Lajim ini bahaya. Azmin pernah ingatkan hal ini.

Siapa Lajim untuk demand sebagai Timbalan Perdana Menteri? Kalau setakat sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri cabuk – Lajim mesti cepat sedar diri dan tidak menggila. Mana nak campak Kit Siang? Haji Hadi? Mat Sabu?

Payah kalau orang tak sedar diri ni..-GelagatAnwar



Sumber: http://www.pisau.net/2012/08/anwar-dah-tak-larat-layan-lajim.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+pisau%2FBlSP+%28PISAU.NET%29&m=1

posted from Bloggeroid

Saturday, 4 August 2012

PIMPINAN PAKATAN PEMBANGKANG BODOHKAN RAKYAT DALAM ISU BAFIA

Penangkapan Rafizi Ramli diatas kesalahan pelanggaran akta BAFIA, 1989 telah memberi implikasi yang amat dasyat kepada kepimpinan PKR tatkala mereka berdepan dengan banyak lagi isu yang melibatkan kebajikan rakyat selangor seperti isu air yang tidak terurus, isu Talam dan juga skandal seks yang tidak pernah berpenghujung.

Sebaik sahaja penangkapan Rafizi Ramli dibuat, dengan pantasnya Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Tony Pua tampil memberi kenyataan yang seperti biasa cuba untuk mempengaruhi minda rakyat Malaysia betapa undang-undang Malaysia tidak pernah adil. Sejak azali lagi, apabila Undang-undang tidak perpihak kepada PKR, mereka begitu lantang bersuara tentang ketidakadilan sistem perundangan kita. Itulah budaya orang -orang yang berada dibawah naungan PKR.

Baca lanjut: http://www.papagomo.com/2012/08/pimpinan-pakatan-pembangkang-bodohkan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid