LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday, 1 August 2012

BEKAS BOYFRIEND DEDAHKAN SIAPA SEBENAR ABBY!

Mantan teman lelaki Abby Abadi, Zul Ariffin, memberitahu dia sebenarnya tidak terkejut dengan tindakan Abby yang sangat lantang melontarkan pandangan. Jelas Zul, Abby yang dikenalinya memang seorang yang berani menyuarakan pendapat jika percaya dengan sesuatu isu.

“Sebenarnya saya tidak berapa tahu tentang penglibatan Abby dalam parti politik ini. Terdengar orang bercerita sahaja. Tapi saya tahu dia sudah memakai tudung sebab dia banyak memuat naik gambarnya di laman sosial Facebook dan Twitter.

Kalau mahu saya komen tentang kelantangannya menyuarakan pendapat, saya rasa itu bukan satu perkara yang memeranjatkan. Abby memang begitu. Dia berani suarakan pendapat. Cuma saya tidak sangka pula dia ingin membabitkan diri dalam bidang politik.

Ketika kami berkawan dulu, dia tidak pernah pula sebut tentang itu,” ujar Zul yang ditemui ketika majlis berbuka anjuran Astro Shaw dan Tayangan Unggul pada Selasa.


Sumber: http://sejarahmelayu.blogspot.com/2012/08/bekas-boyfriend-dedahkan-siapa-sebenar.html?m=1

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment