LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday, 13 June 2012

Garam, Botol Air Boleh Jadi Alat Jatuhkan Kerajaan


Garam dan botol air mineral yang menjadi ‘perisai’ peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak harus dipandang remeh kerana ia mungkin boleh menjadi instrumen berkuasa untuk menjatuhkan kerajaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kuasa garam dan botol air mineral mungkin boleh menjadi seperti kuasa telefon bimbit yang menyebabkan jatuhnya regim berpengaruh di Mesir dan Tunisia.
“Jadi jangan remehkan kuasa garam dan botol…kerajaan yang berpengaruh di Mesir dan Tunisia jatuh hanya dengan telefon bimbit sahaja Yang Berhormat, jadi jangan diremehkan,” katanya.
Mohamed Nazri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia meminta maaf kerana mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 sebagai cubaan rampasan kuasa oleh pembangkang.
“Adakah perdana menteri sedia minta maaf dan tarik balik dakwaan cubaan rampasan kuasa…bolehkah garam dan botol air mineral gulingkan kerajaan,” soal Lim.
– BERNAMA

No comments:

Post a Comment