LAGU UNTUK BLOGGER

Wednesday, 16 November 2011

MUFTI PERLIS KENA BALUN ?

Seperti yang kita tahu, MalaysiaKini telah berniat jahat memutarbelitkan kenyataan awal Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang kononnya 'terkejut' kerana DS Najib Razak 'cepat selesaikan ibadah Haji'.

Oleh kerana termalu memperbodoh-bodohkan pembaca tapi tidak mahu mengaku bersalah, MalaysiaKini terpaksa mengeluarkan kenyataan balas Juanda.

Dan jika kita baca laporan di bawah, MiM dapat mengagak bahawa 'pihak yang hendak mengulas isu Haji Najib Razak tidak cukup mendalami ilmu Haji' turut ditujukan kepada editor-editor kafir MalaysiaKini!

Dan jika Mufti Perlis tahu bahawa Najib Razak lengkap rukun Hajinya, kenapakah portal pro-pembangkang itu mendakwa bahawa beliau 'terkejut'?

Tetapi, biasalah. Siapa yang tidak kenal dengan sikap pembohong dan kaki putarbelit portal pro-pembangkang bernama MalaysiaKini.


Mereka cekap bermain-main dengan kata-kata tetapi sampai bila mereka boleh tipu pembaca?

MalaysiaKini memang jahat tahap sampah!

Media alternatif seperti bloggers pro-pembangkang pun turut sama menyebarkan fitnah tersebut tanpa usul periksa. MALU!
Sila baca laporan yang ditulis oleh MalaysiaKini. Di antaranya :-


Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) di Shah Alam berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.

Beliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

sumber:novandri.blogspot.com

Tuesday, 15 November 2011

TAUKE AIR ASIA DAH MULA TINGGI HIDUNG ?!!



KUALA LUMPUR, 14 Nov – Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin(gambar) mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.
“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.
Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.”
“Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.
Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.
“Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.
“Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.
Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna “pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi.”
Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.
SUMBER:azmykelanajaya.blogspot.com